Senarai 'Makanan Sihat' Yang Sebenarnya Tidak Sihat - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Senarai 'Makanan Sihat' Yang Sebenarnya Tidak Sihat

Senarai ‘Makanan Sihat’ Yang Sebenarnya Tidak Sihat

Jangan mudah tertipu, makanan dengan label sihat tidak bermakna baik untuk tubuh. Beberapa makanan di bawah ini mampu menaikkan berat badan kamu, jadi elakkan ya!

Senarai 'Makanan Sihat' Yang Sebenarnya Tidak Sihat

Foto: Depositphotos

Yogurt Buah

Yogurt memang kaya dengan nutrisi tetapi yang mengandungi buah, tidak. Kebanyakannya telah ditambah pemanis tiruan yang tinggi kadar gula. Boleh kamu bayangkan efek buruk daripada satu bekas yogurt buah?

Energy Bar

Kamu mungkin menganggap ia sebagai snek alternatif ketika sedang diet. Namun, ia sebenarnya mempunyai kandungan gula yang tinggi. Saiznya yang kecil juga mampu menipu minda kamu dengan mengatakan satu bar tidak mencukupi. Bukan itu saja, energy bar juga tidak memberikan nutrisi yang cukup untuk tubuh.

Jus Segar

Yup, minum jus setiap hari sememangnya tidak elok untuk kesihatan. Berdasarkan kajian oleh British Medical Journal, jus segar meningkatkan risiko terkena diabetes type 2.

Minuman Bervitamin

Jangan mudah tergoda dengan minuman yang dikatakan kaya dengan vitamin. Tubuh lebih mudah menyerap vitamin daripada makanan berbanding cecair. Bukan itu saja, menggantikan air putih dengan minuman bervitamin boleh membuatkan kamu dehydrated.

Marjerin

Bukan semua marjerin itu menyihatkan ya. Marjerin yang bertekstur padat memiliki lemak trans yang tinggi, di mana ia boleh menurunkan kadar kolesterol baik, HDL. Ini akan mningkatkan risiko terkena penyakit yang berkaitan dengan kolesterol tinggi seperti jantung, diabetes mahupun strok.

Artikel asal: Silvya Winny (cosmopolitan.co.id)

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor