Senarai Makanan Sihat Yang Mampu Turunkan Tahap Kolesterol - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Senarai Makanan Sihat Yang Mampu Turunkan Tahap Kolesterol

Senarai Makanan Sihat Yang Mampu Turunkan Tahap Kolesterol

Tahukah kamu penyakit jantung merupakan penyebab kematian tertinggi di dunia? Ia biasanya disebabkan oleh kolesterol tinggi yang berpunca daripada pengambilan makanan tidak sihat. Berikut adalah senarai makanan yang mampu menurunkan tahap kolesterol jahat dalam tubuh kamu.

Senarai Makanan Sihat Yang Mampu Turunkan Tahap Kolesterol

1. Oatmeal

Cara paling mudah untuk mulakan gaya hidup yang lebih sihat adalah dengan mengambil oat sebagai sarapan! Ia mengandungi beta-glucan seakan serat yang dapat menurunkan kolestrol jahat sebanyak tujuh peratus jika dimakan secara kerap. Terdapat lebih 50 nutrisi terkandung di dalam oatmeal antaranya serat, protein, Vitamin B1, B2, B3, kalsium, magnesium dan zat besi yang bukan hanya mampu menurunkan kolesterol malah mengurangkan risiko sakit jantung, menstabilkan gula darah dan membantu pencernaan.

2. Dark Chocolate

Kalau kamu tak boleh hidup tanpa coklat, ada baiknya kamu gantikan dengan ;ilihan yang lebih sihat; dark chocolate (minimal 70%). Selain mengandung serat, zat besi, magnesium dan mineral, kandungan flavonoid di dalamnya dapat menurunkan kolesterol jahat dan menjaga kestabilan kolesterol dalam darah dengan meningkatkan HDL.

3. Salmon

Ikan salmon segar kaya dengan lemak baik omega-3 yang dapat menurunkan tekanan darah. Mengambil salmon dapat meningkatkan kolesterol baik HDL, namun makan secara berlebihan juga dapat meningkatkan level LDL. Jadi makan satu atau dua kali seminggu saja.

4. Kacang Badam

Ia mengandung lemak baik, serat, protein, magnesium dan Vitamin E yang sempurna untuk menahan lapar dan menurunkan berat badan. Badam juga dapat menurunkan tekanan darah dan kadar gula dalam darah. Ia kaya akan L-arginine, asid amino yang melancarkan pengeluaran nitric oxide dalam tubuh dan melancarkan tekanan darah. Kandungan phytosterols di dalamnya dapat mengurangkan penyerapan kolesterol dalam usus.

5. Buah-buahan

Epal, anggur, strawberi dan sitrus mengandungi serat pectin yang dapat menurunkan kolesterol jahat LDL sebanyak 10 peratus. Ada juga kandungan bioaktif dan antioksidan yang dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Salah satu buah terbaik untuk menurunkan kolestrol adalah avokado – superfood ini kaya dengan lemak tak tepu dan serat yang mampu menurunkan lemak jahat LDL dan meningkatkan lemak baik HDL. Kajian membuktikan orang dewasa yang mengambil sebiji avokado setiap hari akan mengalami penurunan kolesterol LDL.

6. Teh

Teh hijau dan teh hitam memiliki dua kandungan yang penting untuk menstabilkan kolesterol; catechin yang mengaktivasi nitric oxide untuk menyihatkan tekanan darah dan quercetin yang mampu memperbaiki fungsi pembuluh darah dan menurunkan keradangan.

Artikel asal: Kezia Calesta (cosmopolitan.co.id)

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor