Semarak Deria Rasa Kamu Dengan Chinese Food
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Semarak Deria Rasa Kamu Dengan Chinese Food

Berita baik buat penggemar makanan Cina, keenakan makanan di Yen, W Hotel Kuala Lumpur bakal buat kamu meleleh air liur!

Bersiap sedia untuk menikmati hidangan ekstra sedap daripada Chef Weng, air tangannya menjanjikan menu hidangan Cina dengan pengalaman menakjubkan.

Sebaik melangkah masuk restoran ini, kamu akan terpegun dengan hiasan dalaman Yen. Imperial ambiance dengan unsur avant-garde adalah konsep restoran ini.

Cosmo mencuba menu baru di Yen, kesuluruhannya cukup memuaskan. Sempat kami cuba menu dim sum baru iaitu Shanghainese Chicken Dumpings digabung bersama Hokkaido snow crab and crab roe sauce. Jika kamu penggemar makanan laut, dumpling ini pilihan tepat. Selain itu terdapat pan fried salmon bun bersama cendawan yunnan yuji. Ya, rasa salmon menguasai segalanya bila kamu menikmati dumpling ini. Baked BBQ chicken puff digabung minyak bawang dan gamat untuk kamu yang mahu kelainan. Kegemaran Cosmo adalah fresh scallop dumping dengan sarang burung serta cendawan maitake. Yummy!

Jangan lupa cuba menu ala carte yang membangkitkan deria rasa. Antara menu yang Cosmo cadangkan adalah double boiled fresh ginseng, fish maw, and thousand islands lake herbs pearl, red onion oil crispy egg noodle, lobster tail and ginseng sauce, double-boiled bird’s nest, Hawaiian papaya dan gula batu. Tapi, yang paling Cosmo teringat sampai hari ini adalah jasmine tea baked cod fish dengan garam laut organik. Super sedap!

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist