Selepas Kejayaan di Indonesia, Dua Garis Biru Bakal Menemui Kamu Hari Ini!
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Selepas Kejayaan di Indonesia, Dua Garis Biru Bakal Menemui Kamu Hari Ini!

Filem Dua Garis Biru telah berada di tangga kedua kutipan filem tertinggi 2019 di Indonesia apabila menerima lebih dari 2.5 juta penonton di pawagam. Nama Gina S. Noer tidak asing lagi di Indonesia, dia dikenali sebagai penulis dan penerbit filem pecah panggung berjudul Keluarga Cemara. Dia mengambil masa sembilan tahun untuk menulis cerita Dua Garis Biru ini.

Filem ini mengisahkan kisah penjalanan hidup dan percintaan seorang gadis remaja bernama Dara lakonan Zara JKT48 dan Bima lakonan Angga Yunanda. Filem ini banyak menekankan tentang persefahaman dan kejujuran dalam perhubungan dan pengajaran yang boleh diperolehi antaranya hubungan bersama keluarga, rasa tanggungjawab dan paling utama pendidikan seks dikalangan remaja amatlah penting.

Filem yang telah memenangi hati ramai penonton ini turut dibintangi oleh Cut Mini, Arswendy Bening, Swara, Dwi Sason, Lulu Tobing, Rachel Amanda, Maisha Kanna, Shakira Jasmine, Ligwina Hananto, Cindy JKT48, Ariel JKT48, Irgi Fahrezi, Rahma Alia, Asri Welas dan Bintan Emon.

Filem ini turut mendapat pujian dari karyawan dan artis di Indonesia seperti pengarah terkenal Joko Anwar, pelakon Luna Maya, Gandhi Fernando, Pengarah Guntur Soeharjanto dan ramai lagi.

Dua Garis Biru mengisahkan tentang dua remaja yang mungkin bukanlah pasangan sempurna namun mereka adalah sahabat yang saling melengkapi. Kehidupan mereka hanya berdua, apa yang mereka perlukan hanyalah saling melindung dan cinta. Pada usia 17 tahun dan masih mentah, satu perkara hitam berlaku antara mereka. Mereka telah melakukan perkara di luar batasan.

Bima dan Dara cuba bertanggungjawab di atas kesalahan yang mereka lakukan sendiri. Mereka beranggapan mereka telah cukup dewasa dan mampu menghadapi segala kemungkinan. Namun, sifat naif mereka telah dihidu orang ahli keluarga yang sememangnya amat mengasihi mereka, lalu dipaksa mengikut aturan hidup yang direncanakan oleh keluarga masing-masing.

Menarik, kan? Apa tunggu lagi? Terjah pawagam berhampiranmu, tayangan bermula hari ini!

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist