Selena Gomez Kongsi Kisah Cinta Menerusi Lagu Terbaru "Boyfriend"
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Selena Gomez Kongsi Kisah Cinta Menerusi Lagu Terbaru, Boyfriend

Selena Gomez baru sahaja mengeluarkan tiga lagu baharu iaitu She, Souvenir, dan Boyfriend. Dan seperti yang kita tahu, Selena sebelum ini memang banyak kali bercakap tentang lagu Boyfriend dan memberitahu lagu ini antara lagu kesukaannya.
Foto: Vogue

“Ada beberapa lagu yang saya nak keluarkan tetapi tak tahu bila, tetapi salah satu lagu kesukaan saya adalah Boyfriend,” kata Selena ketika ditemu bual oleh Jimmy Fallon pada bulan Januari.

Selena menjelaskan Boyfriend adalah “ligthearted song” tentang “falling down and getting back up time dan time again in love tetapi sedar yang kamu tak perlukan sesiapa selain diri kamu sendiri untuk kecapi bahagia.” Satu mesej yang kita semua boleh relate!

Menariknya, lagu ini dicipta berdasarkan perbualan pesanan ringkas. Julia Michaels, sahabat baik Selena dan songwriting partner, memberitahu WSJ Magazine, ketika mereka dalam proses mencipta lagu ini, Julia menghantar pesanan ringkas kepada Selena dan bertanya, ‘apa mood kamu hari ini?’ Ada ketikanya Selena membalas, ‘Saya rasa kuat dan gembira,’ dan setelah itu: ‘Saya hanya inginkan seorang teman lelaki.’ Saya rasa kita patut cipta satu lagu tentangnya. Selena datang ke studio dan terciptalah lagu ini.”

Dengar lagu terbaru Selena di sini:

Artikel asal: Starr Bowenbank (Cosmopolitan.com)

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker