Selena Gomez Akui Hidupnya "Out Of Control" Ketika Bersama Justin Bieber
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Selena Gomez Akui Hidupnya ‘Out Of Control’ Ketika Bersama Justin Bieber

Dalam satu temu bual terbaru bersama Amy Schumer dari majalah Interview, Selena Gomez mendedahkan kisah hidupnya sebagai bintang pop, kenapa dia kembali ke Instagram dan kenapa dia merasakan kehidupan peribadinya ‘out of control‘ ketika dia muda.
Foto: Vogue

Pada awal temu bual tersebut, Amy bertanya kepada Selena kenapa dia kembali ke Instagram dan jawapannya sangat mudah. “Saya tidak pernah berniat untuk menjadi tabloid, jadi apabila perkara itu terjadi, it got out of control,” jelasnya. Selena juga berkata, “Saya terpaksa mula bercakap kerana ramai yang mereka cerita merepek. Saya masih muda dan akan terus berubah. Tiada siapa yang mempunyai hak untuk menentukan kehidupan saya.”

Apabila Amy bertanya kepada Selena tentang lagu Lose You to Love Me, Selena berkata dia menulis lirik lagu tersebut setelah selesai mendapatkan rawatan dan berpisah dengan Justin Bieber. “Apabila saya menulis lagu tersebut, I was basically saying that I needed to hit rock-bottom to understand that there was this huge veil over my face,” katanya.

Banyak perkara yang sudah terjadi dalam hidup Selena. Dia pernah menjalani pemindahan buah pinggang, menderita penyakit lupus, mendapatkan rawatan untuk kesihatan mentalnya dan menjalani hubungan high-profile bersama Justin Bieber dan The Weeknd. Semua perkara ini sering menjadi perbualan media serata dunia, jadi tak hairanlah apabila Amy bertanya Selena, “Perlukah kami risaukan kamu?”

Artikel asal: Shannon Barbour (Cosmopolitan.com)

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker