Selamat Tinggal Masa Lalu! - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Kata Editor

Selamat Tinggal Masa Lalu!

Yes, ucapkan selamat tinggal untuk masa lalu yang membantutkan, menyakitkan, melalaikan dan… ucapkan Selamat Datang 2020! Tahun baru yang bakal mendewasakan, membangun dan menenangkan. Yas!

New year, New feels, New chances, New dreams, Fresh starts.

Menyebutnya saja sudah berdiri bulu roma. Betul, itulah rasanya bila kita laungkannya dengan penuh semangat. Perasaan mahu mengubah yang biasa jadi luar biasa. Mahu yang berjaya jadi lebih berjaya. Mahu berada setapak (atau dua) ke hadapan dari yang semalam. Moga apa yang dihajati jiwamu, jadi kenyataan.

Tanya diri, apa lagi yang belum cukup untuk diteroka? Apa yang mahu kamu kecapi tahun 2020 ini? Mulakan dengan yang kecil, jadi yang besar lebih mudah dicapai. Biar lambat, asal dapat.

Seperti yang kami war-warkan dalam SoCosmo Episode 3, lebih inisiatif akan diberikan kepada digital berbanding print kerana demand yang kami terima untuk digital makin tinggi dan ini membataskan kami beraksi sepenuhnya untuk print. Jadi, untuk beri lebih kualiti pada penyampaian kandungan di Cosmo, kami bersependapat mengeluarkan edisi Cosmopolitan Malaysia secara bimonthly dan memberi perhatian yang sama rata kepada penerbitan isi majalah dan juga kandungan digital.

Benar, ia bukan mudah. Print sudah sebati dalam diri, dan digital – perkara baru yang perlu kami conquer. Tipulah kalau Cosmo cakap, yang Cosmo tak sedih But… we are excited to move on.

Edisi pertama Jan/Feb 2020 bakal keluar awal bulan depan. Jangan lupa dapatkannya! Komen jika kamu berkesempatan ya…

Love,
Nisa’ Halid

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor