Segalanya Yang Kamu Perlu Tahu Tentang Seks Kali Pertama - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Segalanya Yang Kamu Perlu Tahu Tentang Seks Kali Pertama

Ia tak semestinya sakit, memalukan atau tidak menaikkan segala feels yang kamu bayangkan atau apa yang orang cerita selama ini.

Foto: Depositphotos

Teman-teman yang dah berkahwin cerita pengalaman malam pertama mereka sungguh indah, tapi bezanya bagi saya amat menyakitkan!

Takkan setiap wanita pengalamannya sama kerana terlalu banyak perkara unik yang boleh berlaku pada setiap individu. Mungkin kamu gementar? Itu saja sudah boleh membuatkan malam pertama cukup tidak mengujakan, jelas Holly Richmond Phd pakar terapi seks. “Kebanyakan masa bila kamu rasa ghairah, ‘Miss V’ kamu lembap dan relaks. Tetapi bila gementar otot lantai pelvis kamu menegang membuatkan sekecil benda pun yang masuk menyakitkan,” jelasnya. Jika kamu sebaliknya teruja tapi tetap sakit, mungkin juga apa-apa ubat (seperti ubat alahan) membuatkan kamu agak kering di bawah sana… Jadi di sesi seterusnya guna lube ya. Dan jika dah kali ke enam ke-12 masih sakit, eloklah kamu jumpa pakar sakit puan.

Saya tak berpengalaman, tak tahu posisi apa nak dilakukan nanti suami ingat saya kaku.

Bila dan ons nanti pandailah kamu tetapi sebenarnya banyak posisi yang boleh kamu cuba. Tak perlulah terlalu rakus cuba macam-macam kali pertama, jauh lagi nak pergi ni! Mulakan dengan posisi yang buat kamu selesa seperti dicadangkan Liz Powell pakar psikologi. Tidak semua malam pertama menemui kejayaan jadi beri fokus dalam memuncakkan keghairahan kamu berdua dengan foreplay, sentuhan (maklumlah pertama kali nak merasa), beritahu dia jika sentuhannya menggembirakan kamu atau jika ada yang buat kamu tak selesa. Sembang, bergurau senda.

Perlukah saya cumbu tubuh suami? 

Jika kamu selesa apa salahnya, pasti suami teruja. Sentuhan bibirmu pada setiap pelosok tubuhnya mempunyai potensi untuk rangsangan yang sangat hebat! Lepas dah mandi bersih-bersih wangi tu, tarik dia ke katil dan mulakan misi mengenali tubuh suami dengan bibirmu. Tangan jangan diam saja, sekali jalan ya! Kamu pasti akan mendapat point tambahan di hati suami.

Adakah saya akan mencapai klimaks jika mencumbui tubuh saya?

Mungkin ya mungkin tidak. Realitinya malam pertama bagi kebanyakan wanita agak menakutkan dan ada juga yang mengujakan. Jadi nasihat kami jangan terlalu memikirkan kamu harus capai klimaks kerana tekanan itu boleh membuatkan lebih sukar untuk kamu sampai ke situ. Bertenang dan nikmati segala perasaan yang muncul. Tak perlu stress!

Saya langsung tak ada pengalaman dan tak pasti sama ada saya bersedia atau tidak.

Itu perkara biasa. Beritahu suami akan perasaan kamu yang masih takut-takut agar kalian berdua ambil masa untuk berbincang, cari keselesaan dan masa yang sesuai. Suami yang baik takkan memaksa dan akan bersama-sama take it slow. Jangan ingat kamu saja, entah-entah dia pun malu (walaupun jarang didengar).

Boleh ke terkena jangkitan STI kalau suami dan saya dua-dua tak pernah lakukan seks?

Mungkin tidak tetapi kamu berdua masih belum ada imunisasi terhadapnya. “STI tidak hanya dijangkiti melalui hubungan seks dan sentuhan antara alat sulit,” kata Dr Richmond. Sumber lain termasuk sentuhan secara oral dan penggunaan ubat secara IV. Amalkan seks selamat dengan memakai kondom dan rajin-rajinlah buat pemeriksaan.

 

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru