Sebakul Dim Sum, Sebakul Kebahagiaan
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Sebakul Dim Sum, Sebakul Kebahagiaan

Puaskan keinginan kamu dengan sebakul dim sum di Intercontinental Kuala Lumpur! Kesemua dim sum ini home made dan segar setiap hari. Chef Dim Sum, Chef Lo Tian Sion yang mahir dengan masakan Cina bekerjasama dengan team-nya untuk memastikan kamu dapat nikmati sebakul dim sum yang enak.

Sebanyak 43 biji dim sum buatan tangan yang cukup halus hasil seninya disajikan dalam bakul yang besar, penuh dengan warna dan mengenyangkan.

The Dim Sum Abundant menggabungkan konsep klasik dengan modern twist. Kamu boleh menikmati ayam panggang dengan Cendawan Murill, Udang Savuri Udang Mini Golden Lime Dumplings, Steamed Crystal Phoenix Prawn Tail, Steamed Purple Potato Paste Bun dan banyak lagi.

Chef Lo berminat dengan pembuatan dim sum sejak kecil, secara tak langsung dia mendapat idea untuk membuat sebakul dim sum agar food lover berasa bahagia ketika menikmatinya. Terdapat 11 jenis dim sum dalam bakul hebat, ia ideal untuk dikongsi dan perfect for adventurous gourmet. Misi Chef Lo adalah meninggalkan kesan pada tetamu yang berkunjung ke Táo. Dan bagi Cosmo, misi Chef Lo ini tercapai! Ia cukup istimewa.

Selain itu, Táo Chinese Cuisine telah mengubah menu ala carte kepada ciptaan baru untuk kamu cuba. Cosmo cadangkan kamu cuba Udang Blue River dengan Sos Mentega Bawang Putih, Ikan Cod Flamed, Black Pepper Angus Beef Cubes, Sauteed Seafood dengan Telur Putih dan Sauce Truffle serta banyak lagi. Berbaloi dan sedap kesemuanya, Cosmo suka!

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist