Salute! 5 Selebriti Hollywood Yang Tidak Mengambil Alkohol
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Salute! 5 Selebriti Hollywood Ini Tidak Lagi Mengambil Alkohol

Cosmo sangat bangga dengan selebriti hollywood ini kerana bukan mudah untuk mereka mengekalkan gaya hidup bebas alkohol di dunia Hollywood yang penuh glamor!
Foto: Dior

Natalie Portman

Inilah rahsia kecantikan Natalie Portman! Dia pernah berkesperimen dengan alkohol ketika zaman kolej dan berhenti selepas itu. “Saya jarang pergi ke parti sekolah dan tak minum sehingga saya mencecah umur 20-an,” katanya.

Image result for natalie portman

Demi Lovato

Demi sudah meninggalkan alkohol hampir enam tahun lalu. Penyanyi ini juga mengaku pernah mengalami masalah kesihatan lain seperti bipolar disorder, bulimia dan self-harm. 

Image result for demi lovato

Shania Twain

Penyanyi country ikonik ini dikatakan tidak pernah mengambil alkohol, dadah dan dia juga seorang vegetarian. Tak hairanlah dia masih kelihatan segar dan tampak muda dari usia sebenar.

Image result for shania twain
Foto: eonline

Zac Efron

Pelakon kacak dan bintang High School Musical ini telah berazam meninggalkan alkohol dan dadah setelah dia dimasukkan ke pusat pemulihan pada tahun 2013 kerana ketagihan arak yang agak teruk. Good job, Zac!

Image result for zac efron
Foto: imdb

Tyra Banks

Tyra pernah berkata bahawa dia tidak pernah mengambil dadah dan hanya pernah ‘merasa’ alkohol ketika berumur 12 tahun. Sehingga kini, Tyra berbangga kerana tidak pernah mengalami ketagihan dadah dan alkohol.

Image result for tyra banks 2020
Foto: Hollywood life

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker