Resolusi Tahun Baru Berdasarkan Zodiak
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Resolusi Tahun Baru Berdasarkan Zodiak

Resolusi Tahun Baru Berdasarkan Zodiak

Cosmo bantu kamu dapatkan resolusi terbaik untuk tahun ini!
Resolusi Tahun Baru Berdasarkan Zodiak

Aries

Cosmo faham, kamu sukakan kemenangan. Tetapi tak bermaksud kamu harus putus harapan jika tak dapat sesuatu yang kamu inginkan. Pada tahun 2020, cuba banyakkan bersabar.

Taurus

Untuk tahun 2020, cuba jadi lebih fleksibel dan sentiasa bersedia dengan situasi yang akan datang.

Gemini

Kamu mempunyai banyak idea! Tahun ini, cuba fokus dulu kepada matlamat lebih kecil yang lebih mudah untuk kamu laksanakan. Kamu pasti terkejut berapa banyak goals kamu dapat buat.

Cancer

Untuk tahun 2020, cuba untuk berfikiran lebih terbuka dengan memberi orang baru peluang sebelum kamu menjauhkan diri serta-merta. Kalian mungkin akan jadi BFF.

Leo

Kamu seorang yang suka bercakap dan berkongsi pengalaman sampai tak ingat dunia! Tetapi tahun ini, cuba bagi orang lain peluang untuk bercakap juga dan dengar kisah mereka.

Virgo

Resolusi 2020 kamu adalah untuk lebih menghargai setiap individu berbeza dan kurangkan menghakimi kesalahan orang lain.

Libra

Untuk tahun 2020, jangan takut membela diri kamu dan be your own advocate. Sudah tiba masanya orang lain menghormati kamu.

Scorpio

Tahun ini kamu mungkin harus menjadi lebih jujur. Bukan bermaksud kamu harus memberita semua perkara, tetapi menyimpan rahsia peribadi daripada teman / keluarga hanya akan membuat kalian semakin jauh.

Sagittarius

Tahun ini, jadi seorang yang boleh diharapkan. Untuk mendapatkan hubungan yang sihat, dan supaya orang lain boleh bergantung harap kepada kamu.

Capricorn

Kamu seorang yang suka bekerja keras. Tahun ini, cuba fokus bagaimana kamu boleh mengaplikasikan etika kerja untuk lebih berjaya.

Aquarius

Luangkan lebuh masa bersama yang tersayang tahun ini. Menonton filem, keluar berseronok dan cuba perkara yang kamu tak pernah lakukan lagi!

Pieces

Kurangkan over-thinking kamu pada tahun 2020. Ia hanya akan menyeksa diri kamu saja. Jika kamu seorang yang mempunyai kuat firasat, jangan biarkan ia sampai memakan diri.

Artikel asal: Alizia Kelly (Cosmopolitan.com)

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker