Rejoice Little Monster! Gaga Bakal Keluarkan Single Terbaru Jumaat Ini
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Rejoice Little Monster! Gaga Keluarkan Single Terbaru, Stupid Love

Akhirnya, it’s happening! Ternyata ramalan peminat di media sosial yang menyatakan bahawa Stupid Love merupakan single terbaru Gaga adalah tepat.
Foto: Elle

Mungkin peminat agak over dan membuat spekulasi berlebihan tetapi kita tak boleh nak salahkan mereka. They’re thirsting for content! Sebelum ini Gaga melancarkan koleksi solekan baru dan membintangi filem A Star Is Born.

Hari ini, Gaga baru saja mengumumkan bahawa Stupid Love adalah single terbarunya. Berita ini sangat mengembirakan peminat di seluruh dunia walaupun mereka telah lama mengetahuinya. LOL

Single ini akan dikeluarkan pada hari Jumaat (hopefully dengan video muzik sekali!) Dan ini bermaksud album baru Gaga LG6 akan tiba tak lama lagi. YASSS!

P/s: Cosmo tak sabar nak tonton video muzik Gaga yang baru ini. Yalah, Gaga is always extra when it comes to music video! 

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker