Ready To Shop Till You Drop? - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Kata Editor

Ready To Shop Till You Drop?

Setiap kali masuk gaji bulanan, apa yang kamu lakukan? Mungkin soalan saya kurang tepat. Okey, saya cuba sekali lagi – Setiap kali SEBELUM masuknya gaji bulanan, apa yang kamu lakukan? Hiks. Kami di Cosmo sering browse online shopping platform. Especially, Nana Ghazali jadi, bila tiba tarikh keramat itu, masing-masing bersedia untuk purchase item yang sudah lama kami ‘simpan’ dalam senarai pendek shopping cart sebelum membeli. Kamu juga sama? Atau kamu sanggup tunggu lama untuk deals yang lebih menarik? (baca artikel dalam edisi Oktober 2019 tentang isu ini.)

Memang shopping dan wanita tak dapat dipisahkan. Setuju? Kami 100% setuju! Kadang tu sudah ada item yang sama tapi tetap gatal membeli sampai penuh almari. Apa sebenarnya yang ada dalam fikiran kita?

Ya, memang sukar disangkal oleh kaum Adam. Kadangkala saya sendiri tak memahami. Tapi apa yang saya boleh kongsikan, ia adalah terapi yang mengembirakan! Jadi lebih banyak wanita membeli, lagi banyak kegembiraan yang dirasainya.

Atau mungkin kamu kaki travel? Jadi, tiap kali gaji masuk, kamu mula menabung. Dibiarkan membukit dan fokus hanya pada kerjaya. Bila sampai waktu dan musim yang kamu inginkan. Mulalah panjang langkah kamu book flight mengembara to where you heart desire… (I’m one of you too!)

Kata orang, shopping itu aktiviti membazir. Pada Cosmo, ia adalah suatu yang subjektif. Wink!

Ada yang menyifatkannya sebagai terapi dan mahu merehatkan minda dengan melihat barangan yang cantik-cantik lalu berpuas hati bila dapat membeli dan memilikinya. Atau ada yang gemar membeli-belah kerana ia merupakan hobi dan kesukaan mereka. Feel free to email me at [email protected] jika kamu ada topik yang ingin kami kupaskan dengan lebih dalam lagi.

Jangan lupa dapatkan majalah Cosmopolitan edisi Oktober 2019 di newsstands berhampiran kamu ya! It’s Shopping Time!

Love, 
Nisa’ Halid

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor