Rasa Tak Bersemangat Di Tempat Kerja? Cuba 3 Tip Ini
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Rasa Tak Bersemangat Di Tempat Kerja? Cuba 3 Tip Ini

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

“Okey saya demotivated. Bagaimana untuk tingkatkan motivasi di pejabat?”

Jangan risau! Gejala ini tidak bermaksud kamu tiada jalan keluar dan pilihan yang kamu ada hanyalah dengan berhenti kerja. Terdapat cara untuk kamu tanganinya. Walaupun sukar dan tidak berikan hasil yang cepat, ia tetap boleh membantu kamu motivasi diri di tempat kerja.

1) Ketahui alasan di sebaliknya

Apabila kamu demotivated, amat penting untuk kamu duduk berseorangan dan fikir apakah punca yang menyebabkan timbulnya rasa itu. Ia tidak akan muncul tiba-tiba dan tanpa sebab, and there could be a subconscious reason behind it. Alasan di sebalik demotivation kamu perlulah diuruskan dengan kadar segera sebelum menjadi lebih teruk dan hanya kamu yang boleh tanganinya. Apa jua alasan kamu, confront it and get clarity.

2) Ambil power nap

When in trouble, sleep. Cosmo sering fikir bahawa ia sering diguna oleh orang yang mahu mengelak daripada berdepan dengan masalah sehinggalah kami mencubanya sendiri. It worked, it really does. Apabila kamu rasa demotivated di tempat kerja, ambil power nap untuk refresh tubuh dan minda. Tiada gunanya kamu paksa diri untuk terus bekerja sedangkan kamu ‘berperang’ dan ini akan menghalang kamu untuk menyelesaikan kerja dengan efisien. Apabila kecekapan kamu tidak mencapai tahap yang kamu inginkan, kamu akan kecewa dengan diri sendiri lantas berasa lebih demotivated. So take that power nap! You deserve it.

3) Elakkan penggunaan media sosial

I repeat, do not seek solace to demotivation on your social media. Ia sudah pun menyebabkan depresi kepada minda separa sedar kamu dan jika kamu tetap melihat media sosial apabila berasa demotivated, kamu akan berasa lebih teruk. Cosmo cadangkan kamu jauhkan diri daripada telefon bimbit agar kamu tidak melayari Instagram, Facebook, Twitter mahupun YouTube. Sosial media tend to slow down your thought process. Apabila demotivated, kamu seharusnya lakukan sesuatu yang boleh ‘charge you up’. Bukan duduk di satu tempat dan scroll timeline atau feed media sosial. Ingat tu!

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert