Rasa Tak Bersemangat Di Tempat Kerja? Cuba 3 Tip Ini
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Rasa Tak Bersemangat Di Tempat Kerja? Cuba 3 Tip Ini

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse
Menurut statistik, kebanyakan pekerja akan menempuh fasa demotivated di tempat kerja apabila sudah menjangkau sesuatu tempoh. Tidak kira baru setahun dua atau lebih daripada lima tahun, amat mudah untuk seseorang hilang minat serta kegigihan di tempat kerja. Mengapa ia terjadi dan bagaimana untuk tanganinya? Cosmo ada jawapannya!
Kamu Hilang Minat Di Tempat Kerja?
Foto: 123rf.com

Kenal pasti kamu sekadar penat atau demotivated.

Ini adalah dua perkara berbeza. Amat penting untuk tahu perasaan kamu tergolong dalam kategori yang mana satu. Penat kebiasaannya terjadi apabila kamu melakukan kerja yang berlebihan sehingga menjejaskan waktu berehat dan bercuti. Ia juga sinonim dengan gejala burnt out apabila kamu tidak tahu bagaimana untuk menguruskannya dengan baik.

Hilang minat adalah sesuatu yang lebih bahaya. Sama seperti depresi, jika tidak dibendung, ia boleh membawa kepada mental exhaustion, di mana boleh membuat kamu hilang daya berfikir dengan cekap, mengganggu hasil kerja serta melemahkan tubuh serta minda untuk berfungsi dengan efisien. Salah satu cara mudah untuk kenalinya adalah apabila kamu ‘berperang’ dengan diri sendiri setiap pagi untuk pergi kerja, jasad di pejabat tapi ‘roh’ di tempat lain, sudah tidak peduli apa jua hasil kerja kamu dan sekadar menyiapkannya pada kadar minimum. Demotivated bukan sekadar bersikap malas, procrastination atau mengalami mood swings di pejabat, tapi ia jauh lebih kompleks dan sering dikaitkan dengan kesihatan mental.

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert