Rancang Parti Lebih Meriah - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Rancang Parti Lebih Meriah

Bakal menyambut hari jadi teman baikmu mahupun orang tersayang? Bosanlah asyik buat di rumah. Cuba rancang parti di lokasi alternatif yang Cosmo cadangkan ini.

32283844 - charming female blowing on candles on birthday cake after making her wish at party

Sesi Manjakan Diri

Vila Manja, 41, Jalan Damai,Off Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur

Jika parti dengan bunyi bising yang membingit telinga terlalu mainstream buat kamu, cuba rancang di spa. Sambil manjakan diri, kamu dapat menenangkan fikiran dan meluangkan masa bersama teman-teman. Kamu boleh kunjungi www.vilamanja.com yang ada menyediakan pakej ‘sparty’ ini. Idea lain, kamu mungkin boleh cuba buat janji temu di salun. Boleh tanya idea dan pendapat untuk makeover ‘mahkotamu’ pada teman-teman kamu juga.

 

Mencetus Jiwa Remaja

District 21 AT-6, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, Putrajaya.
Mahukan parti lain dari yang lain? Cuba anjurkan di District 21 yang menyediakan taman tema indoor dengan pelbagai aktiviti lasak. Dengan keluasan 70,000 kaki persegi, ada lapan function rooms dan 11 permainan utama seperti Power Station, Roller Glider, GoPedal, Pump Track, Low Ropes, dan Launch Pad. Kamu boleh tempah pakej minimum 10 orang dengan 20 aktiviti serta bilik parti dengan dekor ringkas. Harga hanya RM63 seorang. Kamu boleh pesan makanan di sini, pelbagai pilihan dengan harga berpatutan.

 

Berlagu Gembira

Red Box Plus Pavilion, 168, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Aktiviti ini agaknya sudah biasa kamu lakukan bersama teman-teman. Tapi kali ini pilih karaoke yang ada menyediakan pakej makanan berat. Ada beberapa lokasi yang kamu boleh pilih antaranya Red Box Plus. Menyediakan lima bilik dengan pelbagai tema berbeza, kamu boleh guna perkhidmatan Tailor Made Parties untuk bantumu sediakan persiapan.

 

Foto: 123rf.com

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist