Rakaman Video Lucah Billie Eilish Tersebar?
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Rakaman Video Lucah Billie Eilish Tersebar?

She is definitely not a sex symbol in Hollywood! Pemenang Artis Baru Terbaik di Grammy Awards 2019, Billie Eilish, mengakui lebih gemar menyarung baju bersaiz besar kerana tidak mahu peminat melihat bentuk badannya.

Menurut Billie, dia lebih selesa ‘menjual’ muzik daripada imej seksi kerana yakin yang bakatnya perlu lebih meyerlah daripada itu. Tidak pernah terpalit dengan sebarang kontroversi mahupun gosip liar, peminat Billie dikejutkan dengan satu video seorang wanita mirip wajahnya melakukan hubungan seks di dalam pengangkutan awam.

Video yang mula tersebar menerusi WhatsApp itu menyaksikan seorang wanita berambut hijau seperti Billie. Berang dengan dakwaan itu, Billie tampil memberikan kenyataan.

“You think I would be having sex on a train in daylight? With a dress on and fishnets and a f*king peace-sign necklace? Dog, come on!”

“Ada beberapa individu yang gemar menyamar sebagai diri saya, memakai rambut palsu warna hijau dan cuba berlagak seperti saya. Mereka mengupah pengawal peribadi dan mengambil kesempatan berpura-pura menjadi terkenal. I think that shit is so annoying!” luah Billie.

Tambah Billie, beberapa prankster sering melakukan prank menyamar menjadi dirinya dan seronok apabila dikejar peminat dan paparazi. Dia juga meluahkan rasa bimbang apabila penyamar itu melakukan sesuatu yang tidak elok dan akan memburukan namanya.

“Tolong berhenti melakukannya!” ujar Billie. Dia juga menafikan sekerasnya yang dia terlibat dengan sebarang perkara tidak senonoh.

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness