Raikan Wanita Sedunia #BluincIWD2020
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Raikan Wanita Sedunia #BluincIWD2020

Blu Inc Media tampil dengan projek istimewa, sebuah filem pendek berjudul Stand Together sempena Hari Wanita Sedunia hari ini.

Filem yang sarat dengan mesej hebat untuk wanita ini dibintangi tiga pelakon hebat negara: Jasmine Suraya Chin, Sharifah Sakinah dan Sangeeta Krishnasamy. Mesej utama filem ini adalah salah satu solidariti wanita. Blu Inc Media ingin menyeru semua wanita di luar sana untuk menyokong satu sama lain dan diri sendiri.

Filem ini berkisar tentang tiga wanita – Mia, Geetha dan Soo – yang berdepan dengan cabaran menjadi seorang wanita. Pada satu hari, takdir menemukan mereka dan segalanya berubah selepas itu.

Projek istimewa ini juga telah ditaja oleh jenama-jenama hebat seperti Samsung Malaysia, Kose Malaysia dan Fossil Malaysia. Tajaan lokasi pula adalah daripada Jibby by The Park dan Common Ground.

Dinding Interaktif

Selain daripada filem pendek ini, Blu Inc Media turut menyediakan lima dinding interaktif di Pavilion Kuala Lumpur. Setiap dinding mengandungi mesej yang memberikan inspirasi.

Kongsikan tentang diri kamu dan cari lebih lanjut mengenai diri kamu melalui petikan daripada wanita berpengaruh, kata-kata motivasi, serta tinjauan yang mendedahkan pandangan tentang minda dan gaya hidup semasa kamu. Dinding-dinding ini terletak di beberapa lokasi di sekitar Pavilion KL seperti di bawah:

  1. Pintu utama, Tingkat Tiga
  2. Connection, Tingkat Tiga (bersebelahan Quivo)
  3. Connection, Tingkat Tiga (berhadapan Illy Café)
  4. Pavilion Elite, Tingkat Empat
  5. Dining Loft, Tingkat Tujuh

Dinding itu akan berada di sana bermula 6 Mac hingga 5 April. Terdapat juga peraduan untuk kamu sertai dengan hadiah menarik daripada KOSÉ dan Fossil. Pemenang akan diumumkan pada 8 April ini. Ikuti Cosmo di laman media sosial ini untuk mendapatkan maklumat lanjut:

Facebook: Cosmopolitan Malaysia

Instagram: Cosmopolitan Malaysia

Tonton video penuh di bawah ini:

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness