Queen Elizabeth, Prince Harry Dan Meghan Markle Akhirnya Capai Kata Putus
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Queen Elizabeth, Prince Harry Dan Meghan Markle Akhirnya Capai Kata Putus

Queen Elizabeth, Prince Harry Dan Meghan Markle Akhirnya Capai Kata Putus!

Seperti yang kamu tahu, Harry dan meghan telah mengejutkan satu dunia dengan tindakan mereka yang ingin meninggalkan kerabat diraja. Ia menyebabkan kekecohan apabila dilaporkan mereka tidak memberitahu Queen Elizabeth atau pihak istana tentang pengumuman tersebut.
Queen Elizabeth, Prince Harry Dan Meghan Markle Akhirnya Capai Kata Putus
Foto: Vanity fair

Prince Charles, Prince William dan Kate Middleton dikatakan bengang disebabkan keputusan ini dan cara mereka mengumumkan berita tersebut (Prince Charles dilaporkan sangat marah) dan ada juga laporan mengatakan Queen Elizabeth tak ingin berjumpa Harry ekoran drama ini.

Bagaimanapun, nampak gayanya mereka sudah mencapai kata sepakat. Pihak istana baru saja mengumumkan bahawa Queen Elizabeth sudah mencapai persetujuan bersama Meghan dan Harry, dan berkongsi details tentang peranan terbaru mereka. And thankfully, semua pihak tampak bahagia dengan aturan baru ini. Berdasarkan royal expert Omid Scobie, “Semua keputusan sangat friendly dan membangun dan semua pihak sangat gembira dengan hasilnya.”

Malah, Queen Elizabeth dilihat sangat menyokong dan penyayang di dalam kenyataan terbarunya. Dia menulis, “Harry, Meghan dan Archie akan kekal sebagai keluarga” dan “Harapnya perjanjian hari ini akan membolehkan mereka memulakan hidup baru.”

Artikel asal: Alanna Lauren Greco (Cosmopolitan.com)

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker