Putus Kawan, Begini Caranya...
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Mahu Putuskan Persahabatan? Begini Caranya

Apa saja jenis break-up memang mengundang luka di hati dan sudah pasti sukar nak dilakukan. Tapi kalau dah sampai ke tahap itu, kamu boleh cuba saranan ini.
Foto: Depositphotos

Ikut Kata Hati

Sama seperti perhubungan cinta, kamu kena percaya pada gerak hatimu. Mungkin dia tak lagi serasi denganmu atau sebab dia hanya mendatangkan masalah saja padamu. Naluri kamu biasanya adalah refleksi perasaan dan bila kamu ada sebab kenapa dia tak lagi diperlukan dalam hidupmu, itu akan banyak membantu kamu untuk menamatkan persahabatan ini.

Jauhkan Diri Perlahan-lahan

Sebagai langkah pertama, ada baiknya kamu take a break dulu kerana ia adalah cara paling ‘lemah lembut’ yang boleh digunakan. Kamu boleh cuba turunkan paras persahabatan itu kerana dengan cara ini, ia memberikan kedua-dua pihak masa untuk ‘bernafas’. Jika kalian saling merindui dan melihat masih ada peluang untuk memperbaiki keadaan, bolehlah berhubung semula.

Masa Untuk Beralasan

Janganlah terus diam dan buat tak tahu dengannya, walaupun kamu nak sangat buat begitu. Agar tak nampak ‘biadap’: “Cuba cara lebih halus. Kalau dia mengajak kamu untuk ke mana-mana, berikan alasan yang munasabah agar kamu tak perlu sertainya. Buat alasan seperti kamu perlu ke acara penting atau temujanji lain,” kata Dr Muhaya.

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker