Pupur Pisang DIY Untuk Kulit Cerah, Bebas Jerawat & Kedutan - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Pupur Pisang DIY Untuk Kulit Cerah, Bebas Jerawat & Kedutan

Pupur Pisang DIY Untuk Kulit Cerah, Bebas Jerawat & Kedutan

Buah pisang bukan saja baik untuk mengisi perut di waktu pagi, tetapi juga bagus untuk menyihatkan kulit wajah.

Pupur Pisang DIY Untuk Kulit Cerah, Bebas Jerawat & Kedutan

Foto: Depositphotos

Tahu tak pisang mengandungi Vitamin A, B, E dan kalium yang membekalkan nutrisi untuk kulit kering, berjerawat dan berminyak. Ini manfaatnya untuk kulit:

Vitamin A: Memudarkan parut akibat jerawat dan menghaluskan kulit wajah yang kasar.

Vitamin B: Mencegah penuaan pramatang, mengatasi kulit kering dan mencerahkan kulit.

Vitamin E: Mengelakkan kerosakan akibat radikal bebas, memperkuatkan perintang kulit terhadap sinar UV, mencegah kedutan.

Kalium: Merawat kulit kering dengan melembapkan sel kulit.

Mahu buat pupur wajah menggunakan pisang? Gabungkan dengan bahan lain untuk  double benefits. Ini resipi yang boleh kamu cuba:

Glowing Skin Banana Mask

Untuk atasi kulit kusam, gabungkan pisang dengan madu dan lemon. Madu dapat membunuh bakteria dan mencegah jerawat, manakala pati lemon mengandung citric acid yang mampu mencerahkan parut pada kulit.

Bahan:

1 biji pisang ranum

1 sudu teh madu

1 sudu teh pati lemon

1. Lenyekkan pisang dalam mangkuk, kemudian campurkan madu dan pati lemon. Gaul sebati.

2. Bersihkan wajah dengan pencuci dan keringkan dengan tuala lembut.

3. Sapukan pupur tadi pada wajah membentuk lapisan tebal. Biar pada wajah selama 10-15 minit kemudian sekadar bilas dengan air suam.

No Pimples Banana Mask

Jerawat musuh terbesar kamu? Jika kulit kamu tidak sensitif namun selalu berjerawat, campurkan pisang dengan baking soda dan serbuk kunyit. Baking soda mampu membersihkan liang pori dan minyak berlebihan, manakala kunyit memiliki kandungan antibakteria yang mampu mencegah jerawat. Gunakan pupur ini dua kali seminggu saja ya.

Bahan:

1 biji pisang ranum

½ sudu teh serbuk kunyit

½ sudu teh baking soda

1. Lenyekkan pisang dalam mangkuk, kemudian campurkan baking soda dan serbuk kunyit. Gaul sebati. Tambahkan air jika adunan terlalu pekat.

2. Bersihkan wajah dengan pencuci dan keringkan dengan tuala lembut.

3. Sapukan pupur pada wajah. Nota: Baking soda akan buat wajah terasa sedikit panas. Biarkan selama 10-15 minit kemudian bilas dengan air suam.

4. Sapukan pelembap agar kulit wajah tidak terlalu kering.

Bye-Bye Wrinkles Banana Mask

Mahukan pupur agar kulit anjal sentiasa? Campurkan pisang dengan yogurt dan pati limau untuk kulit wajah yang lebih segar dan sihat! Yogurt mampu membuatkan penampilan pori-pori lebih kecil, manakala buah limau kaya Vitamin C yang menyegarkan sel kulit dan menghaluskan kedutan pada wajah.

Bahan:

1 biji pisang ranum

1 sudu teh pati limau segar

1 sudu teh yogurt asli 

½ sudu teh minyak zaitun

1. Lenyekkan pisang dalam mangkuk, kemudian campurkan yogurt, pati limau dan minyak zaitun. gaul sebati.

2. Bersihkan wajah dengan pencuci dan keringkan dengan tuala lembut.

3. Sapukan pupur tadi pada wajah membentuk lapisan tebal. Biar pada wajah selama 10-15 minit kemudian bilas dengan air sejuk.

Artikel asal: Kezia Calesta (cosmopolitan.co.id)

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor