Produk Mahal Lebih Berkesan? - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Produk Mahal Lebih Berkesan

Produk Mahal Lebih Berkesan?

Terus buka akaun simpanan untuk beli serum RM1,000…

“Mahal sangat ni agak-agak esok terus muda 10 tahun tak?…”

Bukan saja-saja nak mahal tetapi produk perawatan kulit yang agak tinggi harganya kebanyakannya benar-benar berkesan. Kamu bayar untuk sains dan teknologi, untuk kepakaran serta kajian – bukan sekadar jenama.

Bagaimana Nak Tahu Apa Kamu Patut Beli?

Ikut enam petua ini dan kamu akan berjaya.

1

Pilih pembungkusan yang bagus

Sesetengah bahan (seperti antioksidan) mudah terlerai apabila terdedah pada cahaya dan air. Jadi bazir sajalah duit yang kamu laburkan kerana bila itu terjadi, keberkesanan produk juga musnah. Pilih formula yang botolnya legap dan kedap udara, jenis pam bukan yang memerlukan kamu colek dengan jari, untuk memastikan ia kekal mujarab untuk masa yang lama.

2

Belanja ke atas produk yang bertahan pada kulit.

Apa gunanya beli pembersih atau pupur pakai bilas yang mahal jika ia tak lama pada kulitmu? “Kesannya hanya beberapa minit dan tidak akan memberikan hasil seperti produk yang kamu pakai tanpa perlu bilas atau menanggalkannya,” jelas pakar kulit Shari Marchbein MD. Kalau nak beli mahal, beli produk yang akan ‘duduk’ atau ‘masuk’ ke dalam kulit seperti pelembap dan serum.

3

Elak beli kerana trend.

Selalunya kerana bungkusan yang menarik dan comel, keberkesanannya entah apa-apa. Tak semestinya yang asyik muncul di Insta-feed kamu itu adalah yang terbaik. Jika kamu nak beli sesuatu yang mahal, pastikan ia telah melalui ‘panas dan hujan, ribut dan taufan’… Tetapi masih kekal relevan (seperti lagu Francissca Peter yang evergreen itu).

4

Minta nasihat doktor kulit.

Itulah antara tugas dan kepakaran mereka – memberi nasihat tentang penjagaan dan produk yang sesuai kulitmu. Mereka tahu produk mana yang bagus dan yang mana ‘berangan’. Tanya apa yang mereka sendiri gunakan atau jika kandungan bahan tertentu dalam sesuatu produk itu sebenarnya cukup dan berkesan seperti yang dijanjikan atau tidak.

5

Kaji data yang sebenar.

Cari statistik, keputusan ujian, penyelidikan yang telah dijalankan, jelas Anne Chapas MD, pakar kulit. Berapa ramai pengguna yang melihat perubahan baik pada kulit mereka? Berapa lama mereka gunakan? Data sebeginilah yang dilihat oleh pakar kulit untuk mengetahui jika produk itu berkesan atau tidak. Dan produk yang bagus harus ada data tersebut. Jika tidak, tingkatkan usaha dan move on to the next product.

6

Beli selepas mencuba.

Di Malaysia, sukarlah nak dapat “money back guaranteed” untuk produk penjagaan kulit. Semuanya jenis “once opened considered sold”. Jadi jika ada sesuatu produk yang menarik perhatian kamu, minta sampel untuk kamu cuba dahulu, yang cukup untuk kamu cuba dalam seminggu. Jika sesuai, kamu boleh kembali ke kedai dan beli.

APAKAH YANG MAHAL SANGAT TU?

VITAMIN C

Setiap 10ml RM100 lebih tetapi selepas sekali guna sahaja kulit sudah kelihatan berseri-seri dan bercahaya. Gabungan marshmallow dan Vitamin Cg melindungi kulit daripada serangan persekitaran untuk memastikan melanosit tidak terlalu terangsang. Bila keadannya ideal, ia mampu menerima dos harian Vitamin Cg yang sempurna untuk mencegah penghasilan melanin yang berlebihan dan mencerahkan semula kulit sambil mengurangkan bintik pigmentasi.

YSL Pure Shots Light Up Serum 30ml, RM307

SERUM PEPTIDE

Bukan saja peptide tapi Sapphire-bound biomimetic peptides. Apa maksudnya tu? Maksudnya ia menyokong dan bekerjasama dengan kuasa semula jadi kulit untuk mengekalkan keanjalan, menguatkan, membangkitkan semula keremajaan kulit dengan gandingan asid hialuronik terkini dan juga bahan botani aktif. Serum ini dikatakan dapat mengembalikan lima tahun kulit kamu.

Dermalogica Phyto-Nature Firming Serym 40ml, RM698

RETINOID

Kompleks ester asid trans-retinoik (retinol) mengurangkan penampilan liang pori dan kedutan, termasuk garis halus, tekstur yang tidak sekata, bintik-bintik umur, kekeringan dan kekusaman. Cubalah sentuh kulit kamu keesokan paginya, memang sangat berbeza. Lebih lembut dan licin! Minyak tansy biru dan minyak pati chamomile Jerman, kedua-duanya kaya dengan azulene biru yang menenangkan membantu redakan kemerahan. Ester retinol yang canggih bercampur dengan bahan botani mujarab, menjadikan produk ini teman baik tidurmu.

Sunday Riley Luna Sleeping Night Oil 35ml, RM435

SUNSCREEN

Dipertingkatkan dari segi perlindungan dengan penghalang bintik gelap dan kadar SPF 50+, ia menghalang dua penyebab utama photo-ageing: G untuk glycation di mana formulanya menghalang kulit daripada serat dermin hilang keanjalan dan E untuk solar elastosis di mana formula ini melindungi fungsi serat elastin dan menghalang kedutan muncul. Kalis air juga. Tidakkah kita semua perlukannya di zaman ini?

Sisley Sunleya G.E Age Minimizing Global Sun Care SPF 50+ 50ml, RM950

PELEMBAP

Ada 30 bahan mujarab yang terdiri daripada 16 sumber penghidratan, lapan sumber vitamin dan mineral dan enam sumber untuk melegakan kemerahan. Teksturnya gel dan ia datang di dalam botol (bukan jar yang perlu kamu celup jari) untuk penghidratan yang mendalam. Bebas toksik, bahan botani dan seratus peratus bebas daripada bahan yang berbahaya untuk kulit.

Tata Harper Hyaluronic Gel Moisturizer 50ml, RM484

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru