Produk Kecantikan Mamonde Sah Halal! - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Produk Kecantikan Mamonde Sah Halal!

Produk Kecantikan Mamonde Sah Halal!

Walaupun belum kesemuanya tetapi some of your favourite Mamonde sudah mendapat sijil halal. Legalah hati nak pakai sekarang!

Pensijilan halal yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kepada 11 produk penjagaan kulit Mamonde dah tentu memberi kelegaan kepada kamu yang amat mementingkan aspek ini dalam penjagaan kecantikan harian. Produk Mamonde yang kini boleh kamu gunakan tanpa was-was adalah seperti berikut…

Rangkaian Ceramide dirumus dengan ekstrak lembapan hibiscus (bunga raya) selain seramida sebagai bahan utamanya. Gabungan sempurna kedua-dua ekstrak hibiscus dan ceramide membantu menguatkan penghalang luar kulit dengan “memegang” kelembapan dekat dengan kulit. Ia sesuai untuk kulit kering dan dan sebaik dipakai, kulit serta-merta berasa segar dan lembap tanpa rasa melekit. Senarai perakuan halal untuk produk Ceramide ialah Ceramide Skin Softener 200ml (RM70), Ceramide Emulsion 150ml (RM80), Ceramide Light Cream 50ml (RM131) dan Ceramide Intense Cream 50ml (RM131).

Rangkaian Floral Hydro, yang juga dalam senarai persijilan Halal, dirumus dengan air yang secara semula jadi diekstrak dari putik bebawang pokok bunga Narcissus. Mamonde Floral Hydro berfungsi untuk melembapkan kulit, mencegahnya daripada kering selepas kamu bersihkan kulit. Floral Hydro Ampoule Toner 150ml (RM99), Floral Hydro Emulsion 150ml (RM99) dan Floral Hydro Cream 50ml (RM120) adalah produk Floral Hydro yang sudah mendapat sijil halal.

Rangkaian Rose Water dengan 100 peratus Damask rose organik sebagai bahan utamanya menawarkan manfaat menenangkan dan lembapan segera sementara aromanya membantu menenangkan jiwa dan deria. Ekstrak mawar dalam rangkaian Mamonde Rose Water ditanam di desa Turia dari Bulgarian Rose Valley di Bulgaria. Produk Rose Water dalam senarai halal ialah Rose Water Toner 250ml (RM85), Rose Water Gel Cream 80ml (RM99) dan Rose Water Soothing Gel 500ml (RM55).

Pore Clean Stick 18g (RM49) (yang best sangat kalau digunakan untuk sental bahagian dagu dan hidung yang menggerutu) juga sah halal. Pilihan terbaik untuk kulit jerawat kerana ia dapat menembusi jauh ke dalam liang pori untuk menyingkir sel-sel kulit mati, blackheads dan whiteheads tersembunyi terutama di sekitar kawasan hidung. Manik-manik halus membantu menghilangkan sebum yang berlebihan dan sel-sel kulit mati dan memberikan sensasi yang menenangkan dan menghidrat tanpa mengeringkan kulit.

Semua produk halal Mamonde kini boleh didapati di Watsons di seluruh negara dan Sephora terpilih serta platform online seperti Lazada, Hermo dan Shopee Mall.

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru