Putera Harry dan Ellie Goulding Bercinta? - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Putera Harry dan Ellie Goulding Bercinta?

Mungkinkah putera pujaan ramai ini sudah dimiliki? Menurut laporan media di Britain, Prince Harry kini sedang mendekati penyanyi pop Ellie Goulding dan pernah dilihat cukup mesra baru-baru ini di sebuah acara.

 

harryelliexx

Foto: TPG/ClickPhotos

 

Putera Harry yang sebelum ini pernah bercinta dengan beberapa gadis yang juga berambut blonde dikhabarkan cukup tertarik dengan personaliti Goulding dan penyanyi itu juga amat meminati putera yang single itu.

 

Goulding pernah menyanyikan lagu klasik romantik Your Song buat abang Harry ketika majlis perkahwinan Putera William dan Kate Middleton pada tahun 2011. Kemudian mereka bertemu lagi apabila penyanyi Love Me Like You Do dan kini hangat dengan lagu Army ini muncul di Invictus Games 2014 yang dinaungi oleh Putera Harry.

 

Harry yang kini berusia 31 tahun dilaporkan bertemu dengan Goulding di acara Audi Polo Challenge hujung Mei lalu. Ramai antara mereka yang berada di lokasi acara tidak menyangkal pasangan ini kelihatan intim dan banyak bermain mata sesama mereka.

 

Sebelum ini Harry menjalinkan hubungan dengan peguam Chelsy Davy, model Florence Brudenell-Bruce dan terakhir sosialit Cressida Bonas. Namun dia kini kembali single dan tentunya kemesraan bersama Goulding cukup cepat dihidu oleh media yang amat menantikan kisah cinta baru anak mendiang Puteri Diana ini.

Mungkinkah Harry sudah bertemu jodohnya? Apa pendapat kamu?