3 Cara Mesra Kos Untuk Samar Liang Pori - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

3 Cara Mesra Kos Untuk Samar Liang Pori

Adalah, mana boleh tak ada tapi tidaklah terpampang seperti billboard di wajah kamu!
Foto: Freepik

Fakta menarik tentang tubuh kita: Tubuh diliputi dalam kira-kira lima juta pori-pori (sumpah tak tipu), dan di wajah saja ada dalam 20,000. Hakikatnya kita perlukan pori-pori untuk membebaskan minyak dan peluh serta mengekalkan kulit yang sihat. Kalau tak ada, kamu bukan manusia, jadi untuk menyingkirnya terus adalah mustahil. Kebanyakan masa, ini bukan masalah. Tetapi jika kulitmu secara semula jadi berminyak atau mudah berjerawat atau mengalami kerosakan UV, ada kemungkinan beberapa daripada 20,000 itu tidak sekecil yang kamu harapkan kerana minyak yang berlebihan, keradangan, atau kekurangan kolagen. Sekiranya membuatkan kamu tertekan, check out tiga cara mesra kos ini untuk mengecutkannya ke saiz asal dan mendapatkan kulit licin dan mulus pada masa yang sama.

MENGGUNAKAN ACID TONER $

Khususnya yang mengandungi asid salisilik. Ia larut minyak, bermakna ia boleh meresap jauh ke dalam liang pori dan meleraikan ‘benda-benda’ yang menyumbat liang pori (sebum dan sel-sel kulit mati) kata ahli dermatologi NYC Howard Sobel, MD, pengasas Sobel SKin. “Apabila semua kotoran itu dikeluarkan, ia menghalang daripada liang pori mengembang dan meregang.” Yang paling best? Terdapat banyak toner dengan asid salisilik yang harganya tak terlalu merabak dompet. Hanya tuang sedikit pada pad kapas dan pedap untuk kesan pengelupasan sel-sel kulit mati dengan berkesan.

GUNA PRODUK RETINOID $$

Ia sangat berkuasa melawan jerawat, tetapi ia juga hebat dalam mengurangkan penampilan liang-liang pori. Retinoid meningkatkan proses pembaharuan semula jadi kulit dan meningkatkan pengeluaran kolagen serta elastin, protein yang bertanggungjawab untuk melicinkan dan menganjalkan, kongsi Dr. Sobel. Terjemahan: Ia membantu menghalang kulit mati daripada membina dan menyumbatkan liang-liang pori, serta menyokong asas setiap liang pori, menghalangnya meregang dan mengendur. Jangan pandang sipi kehebatan bahan ini.

MELAKUKAN RAWATAN LASER $$$

Mampu berbelanja lebih? Kunjungi pakar kulit untuk perawatan laser yang boleh membantu menyasar beberapa masalah kulit termasuk liang pori sekali gus. Picoplus adalah perawatan laser dari Korea yang menawarkan mode picoseconds serta nanosecond (bergantung kepada keperluan kulit) untuk merawat pigmentasi, parut, termasuklah liang pori, dengan kesannya lebih pantas. Mungkin wajah akan kemerahan sedikit tetapi tidak lama dan kamu boleh menutupnya dengan solekan. Sesi dalam setengah jam itu berharga dalam RM1,500 ke atas. Bolehlah buat rawatan susulan setiap satu hingga tiga bulan. Walaupun mahal, ia berkesan menjadikan kulit lebih, licin, sekata, poreless dan lebih muda!

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru