PMS? Atasinya Dengan Makanan Ini - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
PMS? Atasinya Dengan Makanan Ini

PMS? Atasinya Dengan Makanan Ini

Pasti kamu tahu, terdapat makanan yang boleh buat perut kamu kembung menjelang haid. Menurut Mehmet OZ, MD, pakar bedah dari Amerika Syarikat, ada juga makanan untuk memulihkan pelbagai masalah kesihatan, terutamanya PMS. Ini yang boleh kamu cuba untuk redakan masalah ini.

PMS? Atasinya Dengan Makanan Ini

Foto: Depositphotos

Masalah 1: Sakit Menjelang Haid

1. Flaxseed

Taburkan dua sudu besar flaxseed (ia mengandungi asid lemak omega-3) ke dalam cereal atau smoothie untuk meredakan kejang perut.

2. Salmon

Ia merupakan sumber hebat untuk anti-radang! Makan tiga kali seminggu untuk kurangkan rasa sakit di payudara.

3. Telur

Lengkapkan menu sarapan kamu dengan beberapa biji telur. Ia kaya dengan Vitamin D, B6, dan E yang membantu mengatasi PMS kamu.

Masalah 2: Perut Kembung

4. Daun Pasli

Cincang dan taburkan daun pasli ke dalam sup atau salad kamu. Ia dapat mencegah penyimpanan air dalam badan dan membantu mengempiskan perut.

5. Betik

Ia mengandung papain, enzim yang mampu menghancurkan makanan yang menyumbat usus. Sepiring betik yang dipotong kecil mampu memulihkan perut yang sakit.

6. Gandum

Masukkan makanan kaya serat ini ke dalam diet kamu agar tahap gula dalam darah menjadi stabil. Tapi lakukannya secara perlahan agar perut  tidak dipaksa untuk mencerna. Mulakan dengan 5 gram setiap minggu dan tingkatkan sehingga 25 gram setiap hari.

Masalah 3: Sakit Kepala

7. Jus Jeruk

Ya, betul. Di Poland, ia dianggap sebagai cara tradisional untuk mengatasi hangover. Hanya ¼ cawan sudah cukup untuk meredakan sakit kepala kamu.

8. Tembikai

Salah satu penyebab utama sakit kepala adalah dehidrasi. Jadi, cuba makan buah yang kaya dengan H2O ini.

9. Sayuran Hijau

Inilah waktunya untuk kamu makan kangkung dan bayam. Kajian membuktikan kandungan kalium di dalamnya dapat mengurangkan sakit kepala.

Masalah 4: Rendah Tenaga

10. Quinoa

Kamu memerlukan zat besi untuk meningkatkan tenaga. Satu cawan quinoa memberi keperluan harian badan sebanyak 15% daripada 18mg yang disarankan.

11. Minyak Kelapa

Tuang sedikit ke dalam kopi kamu – kandungan asid lemak di dalamnya akan melambatkan proses penyerapan kafein dan membuatkan efek kopi berpanjangan. Namun bila PMS diikuti dengan kejang dan sakit perut, elakkan kopi ya.

12. Jus Ceri

Teguk satu shot jus ceri ketika makan malam. Kaya dengan melatonin semula jadi (yang membuatkan kamu mengantuk), efeknya akan berfungsi pada waktu yang tepat untuk kamu tidur.

Artikel asal: Kezia Calesta (cosmopolitan.co.id)

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor