Pink Dan Anak Lelakinya Disahkan Positif Covid-19
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Pink & Anak Lelakinya Disahkan Positif Covid-19

Penyanyi Pink menerusi Instagramnya mengumumkan dia dan anak lelakinya, Jameson Moon Hart, 3, disahkan positif Covid-19 dan kini baru saja selesai proses isolasi selama dua minggu di rumah.

Two weeks ago my three-year old son, Jameson, and I are were showing symptoms of COVID-19. Fortunately, our primary care physician had access to tests and I tested positive. My family was already sheltering at home and we continued to do so for the last two weeks following the instruction of our doctor. Just a few days ago we were re-tested and are now thankfully negative.

Menurut Pink, selepas dia dan Jameson disahkan positif Covid-19, mereka berdua mengikut arahan pihak berkuasa untuk duduk di rumah dan berehat. Selepas mengambil ubat dan mengikuti prosuder isolasi, minggu lalu Pink melakukan ujian semula dan disahkan telah sembuh.

It is an absolute travesty and failure of our government to not make testing more widely accessible. This illness is serious and real. People need to know that the illness affects the young and old, healthy and unhealthy, rich and poor, and we must make testing free and more widely accessible to protect our children, our families, our friends and our communities.

Tambah Pink, masalah kekurangan kit ujian menjadikan keadaan bertambah teruk. Pink mengakui membayar sejumlah wang untuk melakukan ujian. Penyanyi itu juga meluahkan rasa kesal dan ralat apabila mengetahui tidak semua mampu melakukan ujian itu.

Pengakuan Pink membuatkan beberapa peminat meluahkan rasa kecewa kerana rakyat marhaen diketepikan kerana kekangan duit. Pink meluahkan rasa syukur selepas dia dan Jameson sembuh dan kemudian secara sukarela menderma kepada dua buah hospital di Philadelphia dan Los Angeles. Setiap hospital mendapat USD500,000.

In an effort to support the healthcare professionals who are battling on the frontlines every day, I am donating $500,000 to the Temple University Hospital Emergency Fund in Philadelphia in honor of my mother, Judy Moore, who worked there for 18 years in the Cardiomyopathy and Heart Transplant Center. Additionally, I am donating $500,000 to the City of Los Angeles Mayor’s Emergency COVID-19 Crisis Fund. THANK YOU to all of our healthcare professionals and everyone in the world who are working so hard to protect our loved ones. You are our heroes! These next two weeks are crucial: please stay home. Please. Stay. Home.❤️

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness