Pilih Kasut Yang Tepat Untuk Larian Yang Lebih FUN Dan Lancar
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Pilih Kasut Yang Tepat Untuk Larian Lebih Fun Dan Lancar

Pemilihan kasut adalah penting terutamanya untuk kamu yang sukakan aktiviti larian ataupun bersenam. Kualiti yang bagus melancarkan lagi pergerakan serta tidak memudaratkan otot tubuh.

Kasut larian atapun running shoes mungkin kelihatan seperti sneaker biasa, tetapi kasut larian yang baik memiliki ciri teknologi dan reka bentuk yang membantu kamu berlari dengan lancar. Berlari memerlukan langkah yang konsisten dan cengkaman yang betul supaya ia tidak mencederakan otot kaki.

Kasut larian yang berkualiti semestinya hadir dengan harga yang sedikit mahal, tetapi pelaburan itu adalah berbaloi kerana kamu boleh menggunakannya dengan kerap dan dalam masa yang panjang. Adalah satu bonus jika rekaan kasut larian direka dengan lebih kasual dan trendy, kamu boleh menggayakannya pada hari-hari biasa.

Tip Membeli Running Shoes

  1. Kaki kamu mengembang ketika berlari. Malah saiz kaki juga akan sedikit membesar pada waktu siang. Jadi mencuba kasut pada waktu siang lebih tepat dengan saiz kaki sebenar kamu.
  2. Pastikan saiz kasut yang dibeli memiliki ruang sebesar ibu jari tangan dibahagian belakang tumit untuk keselesaan maksima.
  3. Jangan membeli saiz terlalu besar dan pastikan kamu cuba berlari dengan kasut tersebut sebelum membeli.
  4. Pastikan kasut larian kamu mempunyai material seperti kusyen bukannya nipis ataupun tiada ruang udara. Kaki kamu perlukan udara dan kusyen ketika berlari untuk mengelak daripada melecet.

Kasut Sukan Pilihan Cosmo

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Lorna Jane Elevate Blaze 1.8

Lorna Jane Australia teruja memperkenalkan Sneaker Blaze 1.8. yang pertama dalam kecergasan dan fesyen, Lorna Jane merupakan jenama sukan terkemuka di Australia yang memberi inspirasi untuk kekal fit dan sihat melalui lifestyle that transcends the walls of the gym.

Kasut super lightweight Lorna Jane Blaze ini menggabungkan elemen teknikal dengan a touch of personality. Direka dengan keselesaan premium dan sokongan dengan suntikan signature gaya sporty look Lorna Jane yang hebat. Oh-so-chic! Insole yang dinaikkan sebanyak 18mm dengan serta-merta menampilkan kakimu yang panjang dan seksi sementara memberi sokongan pergelangan kaki dan arch untuk meningkatkan kestabilan sekali gus mencegah daripada sebarang kecederaan.

Jenama ini mengangkat keselesaan sebagai ciri utama dan menjadikan kasut ini sempurna untuk Cosmo girls bergaya di mana dan bila-bila masa saja. Cosmo cadangkan kamu gayakan bila bercuti dan juga bila melakukan aktiviti sukan ringan (running included) dan oh ya, ada lima warna baru kesemuanya untuk kamu pilih! Atau apa kata dapatkan kelima-limanya!

Let’s Talk Tech:
• Tambahan 18mm insole untuk meningkatkan kestabilan
• Sangat ringan
• Mesh panel yang super stylish
• Cengkaman midsole untuk menyokong lengkungan
• Cengkaman getah outsole sebagai daya tarikan
Tabbed di lidah dan tumit bagi memudahkan pemakaian

Ciri-ciri dan manfaat:
• Sokongan buku lali dan lengkungan bagi mencegah kecederaan.
• Meningkatkan daya tahan dan memanjangkan jangka hayat kasut.
Lightweight untuk keselesaan maksimum.

Lorna Jane Elevate Blaze 1.8, RM393 – RM414

*Jika kamu ingin memiliki sneakers ini, e-mel ke [email protected] untuk diskaun RM80. Hanya untuk 30 pelanggan pertama saja.

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness