Pilih Kasut Yang Tepat Untuk Larian Yang Lebih FUN Dan Lancar
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Pilih Kasut Yang Tepat Untuk Larian Lebih Fun Dan Lancar

Pemilihan kasut adalah penting terutamanya untuk kamu yang sukakan aktiviti larian ataupun bersenam. Kualiti yang bagus melancarkan lagi pergerakan serta tidak memudaratkan otot tubuh.

Kasut larian atapun running shoes mungkin kelihatan seperti sneaker biasa, tetapi kasut larian yang baik memiliki ciri teknologi dan reka bentuk yang membantu kamu berlari dengan lancar. Berlari memerlukan langkah yang konsisten dan cengkaman yang betul supaya ia tidak mencederakan otot kaki.

Kasut larian yang berkualiti semestinya hadir dengan harga yang sedikit mahal, tetapi pelaburan itu adalah berbaloi kerana kamu boleh menggunakannya dengan kerap dan dalam masa yang panjang. Adalah satu bonus jika rekaan kasut larian direka dengan lebih kasual dan trendy, kamu boleh menggayakannya pada hari-hari biasa.

Tip Membeli Running Shoes

  1. Kaki kamu mengembang ketika berlari. Malah saiz kaki juga akan sedikit membesar pada waktu siang. Jadi mencuba kasut pada waktu siang lebih tepat dengan saiz kaki sebenar kamu.
  2. Pastikan saiz kasut yang dibeli memiliki ruang sebesar ibu jari tangan dibahagian belakang tumit untuk keselesaan maksima.
  3. Jangan membeli saiz terlalu besar dan pastikan kamu cuba berlari dengan kasut tersebut sebelum membeli.
  4. Pastikan kasut larian kamu mempunyai material seperti kusyen bukannya nipis ataupun tiada ruang udara. Kaki kamu perlukan udara dan kusyen ketika berlari untuk mengelak daripada melecet.

Kasut Sukan Pilihan Cosmo

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

The Nike Joyride NSW Setter

Direka dengan material unik dengan kelopak getah dan beberapa patch untuk kestabilan. Rekaan koleksi ini membuatkan kaki kamu berlari dengan lebih selesa. Digelar sebagai muscle car, ia memastikan kaki kamu selamat dengan ultra-plush dan three-pod tooling.

Koleksi Nike Joyride adalah satu-satunya koleksi daripada Nike dengan sistem kusyen proprietari diperbuat daripada ribuan manik thermoplastic elastomers (TPE Beads). Manik ini mampu mengembang keseleruh tapak kasut, menjadikan larian lebih lancar, seolah-olah kamu berlari di atas ribuan bubbles.

Dengan rekaan yang trendy, ia juga sesuai digayakan untuk aktiviti kasual lain. Malah larian kamu menjadi effortless dengan material serta teknologi hebat untuk koleksi ini. The Nike Joyride NSW Setter mula dilancarkan penjualan pada 15 Ogos lalu seluruh dunia.

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness