Perlukan Kereta Sewa? Ini Sebabnya Kenapa Cosmo Pilih SOCAR!
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Perlukan Kereta Sewa? Ini Sebabnya Kenapa Cosmo Pilih SOCAR

Kita semua tak dapat lari daripada masalah kereta rosak atau kemalangan. Ini secara tidak langsung membuatkan kamu ‘patah kaki’ kerana tiada kereta. Tambah parah jika kamu jenis tak gemar ambil kenderaan awam. Jawapan terbaik? Sudah tentu dengan menyewa kereta! Nasib baik ada aplikasi SOCAR yang memudahkan kamu ke mana-mana walaupun tanpa kenderaan sendiri.

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

10 kelebihan sewa kereta SOCAR

  • SOCAR kini di Klang Valley, JB dan Pulau Pinang

Tak kisahlah jika kamu nak pusing satu KL, kelapangan terbang atau road trip, kamu boleh akses SOCAR sekitar Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang. Hanya search SOCAR berhampiran kamu. Kalau tak ada aplikasi ini, cepat muat turun sekarang.

  • 26 model kereta untuk dipilih

Cosmo love: SOCAR menawarkan pelbagai jenis kereta yang memenuhi keperluan berbeza. Dari hatch back, sedan kepada SUV, kamu boleh sewa mengikut bajet dan kesesuaian keadaan. Kamu secara tidak langsung boleh mencuba pelbagai jenis kereta mengikut kehendak sendiri, tidaklah bosan memandu kereta yang sama sepanjang masa.

  • 2,000 kereta SOCAR di 1,000 zon

Terdapat lebih 2,000 SOCAR dari 1000 zon yang boleh kamu pilih. Hanya pilih tarikh ambil dan pulang kereta, kemudian search saja zon berdekatan yang ada SOCAR.

  • Kunci Digital

Tidak perlu risau tentang kehilangan kunci dengan adanya kunci digital. Anda boleh kunci and buka kunci kereta menggunakan kunci digital dalam aplikasi SOCAR. Lagi best, apabila berada dikawasan luar liputan, kamu masih boleh menggunakan kunci digital dengan mengaktifkan tetapan Bluetooth kamu.

  • Jimat Duit

SOCAR jimat! Percaya atau tidak ia menjimatkan duit kamu kerana harga sudah termasuk penyelenggaraan, petrol, insurans dan tempat letak kereta.

  • Jangka masa tempahan SOCAR

Tempahan SOCAR boleh dilakukan 10 minit sebelum mengambil kereta. Jika mahu memanjangkan tempoh tempahan, ia boleh dibuat terus menerusi aplikasi. Tetapi hanya boleh jika tiada tempahan lain untuk kereta tersebut.

  • Tambah masa tempahan SOCAR

Bila stuck dalam traffic jam atau tak cukup masa nak pulangkan kereta, cepat-cepat tambah penghantaran masa, tekan butang Extend Return Time supaya kamu tak dikenakan penalti.

  • Aplikasi SOCAR layan diri

Syoknya, kamu tak perlu tunggu orang atau pekerja kereta sewa untuk dapatkan atau pulangkan kunci SOCAR.

  • Khidmat pelanggan 24 jam

Jika kenderaan SOCAR alami masalah, hanya tekan auto-assist secara atas talian. Jadi tak perlu panik, cuma pastikan telefon pintar kamu sentiasa ada bateri.Khidmat pelanggan SOCAR boleh di hubungi bila-bila masa.

  • SOCAR-2-YOU

Yeay ada SOCAR-2-U! SOCAR sediakan perkhidmatan ekslusif dimana kereta akan di hantar secara percuma kelokasi yang kamu request (untuk masa yang terhad sahaja)! Kamu tak perlu ke zon SOCAR, dan boleh menempah mana-mana kereta SOCAR.Apa yang penting, kita perlu berada dalam kawasan SOCAR-2-YOU untuk menikmati faedah ini. Bila buka pintu rumah, SOCAR sudahsampai.

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist