Perlukah Kamu Berkawan Dengan Bekas Teman Lelaki? - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Perlukah Kamu Berkawan Dengan Bekas Teman Lelakimu?

Perlukah Kamu Berkawan Dengan Bekas Teman Lelaki?

Jawapannya bergantung kepada beberapa faktor. Perlukah kamu berkawan dengan bekas teman lelakimu? Baca untuk ketahui jika kamu perlu buddy up to your former bae…

Perlukah Kamu Berkawan Dengan Bekas Teman Lelakimu?

Foto: 123rf.com

HAS ENOUGH TIME PASSED?

Perpisahan suatu yang menyakitkan. Walaupun jika kamu yang memutuskan untuk berpisah. Perasaan bercampur baur hingga kamu merasakan untuk berkawan semula amatlah sukar dan ia adalah satu idea buruk. Perpisahan itu hanyalah satu luka. Ia memerlukan masa dan TLC (Tender Loving Care) untuk kembali pulih sepenuhnya. Pasti tiba satu hari nanti bila balutan luka dibuka semula ia seakan sudah hilang – the pain you once felt is just a memory.

Sama juga dengan ‘luka’, kamu perlu beri masa hubungan yang tidak berhasil menjadi masa lalu kamu sebelum cuba menjalinkan persahabatan. Memandangkan setiap situasi adalah unik, tempoh masa yang diperlukan adalah sesuatu yang kamu perlu tentukan sendiri. Just make sure it’s sufficient enough to give you true closure. Sepanjang tempoh itu, ia amat membantu untuk dapatkan pengalaman baru dan menariknya, untuk beritahu pada orang lain bagaimana hubungan kamu berakhir. Dengan menceritakan kisah tersebut – kami sayang satu sama lain tapi kami mahukan perkara yang berbeza. Jadi ia tidak boleh berjaya atau diselamatkan… atau apa jua situasinya – ia membenarkan realiti baru untuk ambil alih dan bantu kamu tetapkan tempoh terhadap masa pemulihan perasaanmu.

APA MOTIFNYA?

“Tiada sesiapa mahu dengar saya mainkan muzik atau bercakap mengenai politik selain daripada bekas teman lelaki saya.” Itu adalah beberapa perkara biasa yang sering saya berlaku di awal perpisahan. And it makes sense, walaupun aspek romantik hubungan tersebut tidak berjaya, tapi hubungan yang mendalam antara satu sama lain masih lagi wujud. Jika kamu mahukan berkawan dengan bekas teman lelakimu, pertama sekali kamu perlu pastikan apakah yang kamu hargai tentang dirinya dan hubungan yang bagaimana mahu kamu kekalkan. Mungkin kamu berdua mempunyai social circle yang sama atau dia adalah business partner kamu – ini adalah alasan munasabah untuk kamu berdua kekal dalam hidup satu sama lain. Tapi jika kamu dapati motif sebenar kamu adalah berharap secara senyap dapat meraih cintanya semula, that’s a recipe for getting hurt – and you’d be wise to step away.

APA AKAN TERJADI BILA SALAH SEORANG DARIPADA KAMU BERSAMA ORANG BARU?

Ya untuk kekal sebagai teman kedengaran mudah. Tapi ia boleh bertukar sukar apabila salah seorang daripada kamu sudah move on dan bertemu orang baru. Katakanlah dia yang move on terlebih dahulu, kamu mungkin akan berasa sedikit canggung pada mulanya. It’s only natural, so don’t beat yourself up. Malah bagaimana kamu bertindak balas dengan perasaan adalah jauh lebih penting. Slashing her tires? Bad. Terimanya dengan senyuman dan hati yang ikhlas? Good. Apa yang lebih penting, jika kamu berjumpa dengan orang baru dan mula serius dengannya, beritahu padanya tentang status bekas teman lelaki kamu pada awal perhubungan tersebut –tak perlu beritahu secara detail. Apabila kamu beritahunya tentang mereka yang penting dalam kehidupanmu seperti keluarga dan teman baik, pastikan kamu beritahu tentang bekas teman lelaki kamu juga. After all, isn’t that the point? Bekas teman lelaki kamu kini hanyalah seorang…teman.

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert