Perkara Kamu Perlu Tahu Apabila Membersihkan Barang Kemas - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Perkara Kamu Perlu Tahu Apabila Membersihkan Barang Kemas

Interesting chemical reaction that will make any silver sparkle. COOOOOOOOLLLLLLLL!
Foto: ISTOCKPHOTO

Apakah pembersih buatan sendiri yang terbaik?
Barang kemas emas dan perak, termasuk logam bersalut dan emas putih serta rose gold, boleh dibersihkan dengan air suam dengan beberapa titisan pencuci pinggan. Campurkannya ke dalam mangkuk dan rendam dalam larutan selama 15 minit, kemudian gosok dengan berus gigi bayi atau lap menggunakan kapas untuk benar-benar masuk ke dalam semua celah. Kemudian bilas sekali lagi dan keringkan menggunakan kain.

Bagaimana jika barang kemas kamu mempunyai berlian atau batu berharga?
Kamu boleh bersihkannya dengan cara sama seperti yang dinyatakan di atas (air suam dengan pencuci pinggan dan berus lembut), tetapi perlu diingat bahawa batu berharga dan separuh berharga (misalnya zamrud, nilam, amethyst, lapis lazuli) boleh retak jika air terlalu panas. Jika kamu lihat suhu air terlalu panas, tunggu sehingga ia menjadi suam sedikit.

Bagaimana cara untuk bersihkan aksesori atau costume jewelry?
Untuk perhiasan fesyen dan aksesori, warna boleh pudar dalam masa singkat kerana lapisan emas yang nipis. Cosmo syorkan kamu bersihkannya perlahan-lahan dengan kain kapas, tetapi bahan lain seperti baking soda, ubat gigi dan sos tomato (what?!) juga boleh memperbaharui barang kemas kostum. Lihat video di bawah:

Fake, Costume, High Street Jewelry Cleaning

Artikel asal: Lauren Adhav (cosmopolitan.com)

Seorang fashion enthusiast. OOTD is my ‘thang’. Akan ‘serang’ dessert corner dulu bila pergi ke bufet. Suka menonton rancangan memasak dan RuPaul’s Drag Race. Nampak lembut tapi sebenarnya fierce! Quote kegemaran? “Life is too short to wear boring clothes”, so have fun with it!

Fashion Diva