Pergaduhan Prince Harry Dan Prince William Semakin Teruk?
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Pergaduhan Prince Harry & Prince William Semakin Teruk?

Rupa-rupanya persengketaan di antara Prince Harry dan Prince William semakin parah. Berdasarkan sumber Daily Mail, “kenalan rapat mereka memberitahu pergaduhan mereka semakin teruk.”
Foto: Getty

William dikatakan tak puas hati dengan cara Harry dan Meghan mengendalikan keberangkatan mereka daripada keluarga Diraja dan dia “terhina dengan komen Harry.” Dia juga merasakan Harry tidak menghormati sistem monarki dan Queen Elizabeth.

Selain itu, Harry juga dikatakan tidak gembira dan merasakan disisihkan oleh keluarganya sendiri. Dia juga merasakan Meghan tidak diterima dengan baik dan Harry juga percaya yang anaknya Archie telah diabaikan oleh The Firm.

Image result for harry and william
Foto: Hello Magazine

Nampak gayanya hubungan Harry dan William semakin dingin tetapi mereka adalah keluarga. Cosmo harap mereka dapat menyelesaikan pergaduhan ini secepat mungkin.

Artikel asal: Alanna Lauren Greco (Cosmopolitan.com)

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker