Pereka Fesyen Tempatan Bergabung Tenaga Perangi Covid-19 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Pereka Fesyen Tempatan Bergabung Tenaga Perangi Covid-19

Barisan pereka tempatan bangkit memberi sumbangan tenaga, masa dan wang demi bagi membantu barisan depan kesihatan yang sedang melawan Covid-19.

Dipimpin oleh Melinda Looi selaku presiden Malaysian Official Designer’s Association (Moda), sebuah tabung dana dilancarkan untuk membeli lebih banyak bekalan sut perlindungan diri (PPE) buat keperluan jururawat serta petugas barisan hadapan di hospital dengan kerjasama FashionValet dan Imaret.

Projek khas ini ditubuhkan bertujuan untuk membeli kain gaun hospital dan keperluan PPE lain termasuk sarung tangan lateks, penutup kepala dan kasut.

Kempen yang pada mulanya bertujuan untuk menjadi projek swasta di kalangan pereka fesyen di Moda kini berkembang di luar persatuan. Khoon Hooi, Celest Thoi, Alia Bastamam, Innai Red, Salikin Sidek, Datuk Radzuan Radziwill, MimpiKita, Fizi Woo, Qudyn dan ramai lagi jenama pereka fesyen tempatan yang lain menggunakan kemahiran mereka untuk membantu menjahit gaun hospital yang akan diedarkan Imaret ke rangkaian hospital yang terlibat.

Khoon Hooi mencuba gaun hospital yang dijahit olehnya.
Izrin Iz daripada Innai Red tekun memotong fabrik.
Celest Thoi dan Melinda Looi memeriksa item sebelum di hantar ke hospital.

Sekiranya kamu ingin menyumbang, boleh dermakan kepada:

  • Akaun Maybank Moda: 5-14084-33920-1, atau
  • KitaFund https://bit.ly/modappe, atau
  • Mana-mana e-wallet MODA seperti GrabPay atau Maybank QRPay QRCodes yang dikongsi di media sosial.

Foto: MODA

Seorang fashion enthusiast. OOTD is my ‘thang’. Akan ‘serang’ dessert corner dulu bila pergi ke bufet. Suka menonton rancangan memasak dan RuPaul’s Drag Race. Nampak lembut tapi sebenarnya fierce! Quote kegemaran? “Life is too short to wear boring clothes”, so have fun with it!

Fashion Diva