Pentingnya BFF Dalam Hidup Kamu - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Pentingnya BFF Dalam Hidup Kamu

Pentingnya BFF Dalam Hidup Kamu

Jika lelaki ada ‘bros code’, wanita pula ada ‘sisters before misters’. Tapi kata orang, lelaki sering berpegang padanya manakala wanita pula lebih mudah terkandas separuh jalan. Benarkah?

Pentingnya BFF Dalam Hidup Kamu

Foto: Depositphotos

Cosmo percaya masih ramai wanita yang meletakkan persahabatan pada tahap lebih tinggi dalam kehidupan, lebih-lebih lagi jika ia sudah terjalin sejak zaman sekolah lagi. Kenapa sisters patut jadi keutamaan? Bukan saja mereka hadir sambil mengelap air matamu kala kamu menangis teresak-esak akibat putus cinta, malah mereka jugalah yang sanggup berada di sampingmu 24/7 untuk teman kamu pergi makan, menonton wayang, membeli-belah, bergosip dan sebagainya. So, why should you live by this?

1) Mereka ada di sisi untuk mendengar (setiap hari tanpa jemu!)

Mereka adalah teman yang sangat hebat! Mereka passionate, penyayang dan sanggup lakukan apa saja untuk temannya. Jika seorang lelaki sakiti temannya tidak kira dari segi emosi, fizikal ataupun mental, the entire sisterhood will come for him! Apabila sesuatu terjadi dalam kehidupanmu dan ketika itu sudah jam 2 pagi pada hari Khamis, siapa yang boleh kamu telefon untuk mengadu nasib? Certainly a sister.

2) Mereka fikir menggunakan minda kanan

Memandangkan mereka hanya mempunyai satu perkara untuk dirisaukan, mereka pasti akan kosongkan minda dan fikir menggunakan minda kanan mereka. Pendapat jujur mereka mungkin akan mengguris hati kamu sekarang, tapi percayalah, honesty is always the best policy. Mereka tidak akan simpan apa-apa niat jahat terhadapmu – tidak seperti bekas teman lelaki kamu.

3) Mereka fahami perubahan tubuhmu setiap bulan

Mereka faham akan ‘perjuangan’ tubuh kamu. Mereka boleh relate dan faham dengan perubahan mood kamu. Sebagai contoh, sudden cravings untuk makan piza, kemudian menangis teresak-esak menonton Grey’s Anatomy. Kamu persoalkan segalanya dan mereka mendengar. Kamu mahu ‘naik hantu’ dan campak bantal serta sepahkan katil kamu? Let’s go!

4) Sisters last forever, boys don’t

Kepercayaan yang kamu pegang sejak lahir merupakan komitmen seumur hidup. Begitu jugalah dengan sisters kamu. Tidak kira apa jua cabaran yang dicampak oleh kehidupan kepada kamu, mereka akan sentiasa berada di sisi kamu. Mereka tahu potensi sebenar kamu dan akan sokong sehingga kamu kecapinya.

5) Mereka faham pergolakan emosi kamu

Guys can be an emotional roller coaster. Apabila kamu jumpa seorang jejaka, hati kamu berdebar-debar, masa depan kelihatan lebih cerah dan kamu tidak boleh hentikan senyuman yang terukir di bibir. Tapi bila kamu mula perasan yang sebenarnya ia tidak bermaksud apa-apa padanya, kamu tidak dapat tahan emosi dan menangis selama tiga jam sambil makan aiskrim dan tonton filem The Notebook. Sisters understand this emotional distress. Mereka akan duduk di sebelah dan pegang kamu sementara kamu menangis seperti budak kecil di bahu mereka. Mereka akan dengar segalanya dan berikan nasihat, tidak sesekali menghukum dan menyalahkan kamu.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor