Peminat Mahukan Vanessa Hudgens Dan Zac Efron Bersama Semula
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Peminat Mahukan Vanessa Hudgens Dan Zac Efron Bersama Semula

Peminat Mahukan Vanessa Hudgens Dan Zac Efron Bersama Semula

Peminat mula menaruh harapan terhadap Zac Efron dan Vanessa Hudgens selepas Vanessa dilaporkan telah berpisah dengan teman lelakinya, Austin Butler.
Peminat Mahukan Vanessa Hudgens Dan Zac Efron Bersama Semula
Foto: gettyimages

Jika kamu masih ingat, Zac dan Vanessa adalah pasangan Hollywood paling popular dahulu. Dan memandangkan Vanessa dan Austin telah berpisah, peminat kini (terutamanya di Twitter) mahukan mereka bersama semula kerana Zac kini juga sedang single. Selain itu, walaupun mereka telah berpisah pada tahun 2010, mereka berpisah secara baik dan tidak mempunyai sebarang masalah. Mungkin tahun ini mereka akan bersama semula?

Vanessa sebelum ini juga pernah mengambil Zac untuk berlakon di dalam muzik videonya ketika mereka masih bersama. Aw so sweet!

Walaupun begitu, sebelum ini ada seseorang bertanyakan Zac kepada Vanessa dan dia kelihatan menyampah dan berkata “sudah tidak berhubung langsung dengannya,” jadi jangan berharap sangat okey! Kita doakan saja yang terbaik untuk mereka bertiga.

Artikel asal: Shannon Barbour (Cosmopolitan.com)

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker