Peminat Jangka Album Baru Lady Gaga Akan Tiba Tak Lama Lagi
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Peminat Jangka Album Baru Lady Gaga Akan Tiba Tidak Lama Lagi

Peminat Jangka Album Baru Lady Gaga Akan Muncul Tidak Lama Lagi

Seperti yang kamu semua tahu, Lady Gaga sedang dalam proses menyiapkan album barunya #LG6. Tetapi selepas satu tweet daripada Gaga, peminat mula menjangkakan bahawa dia akan keluarkan album itu tidak lama lagi.
Peminat Jangka Album Baru Lady Gaga Akan Tiba Tak Lama Lagi
FOTO: VOGUE.COM

Gaga memuat naik satu tweet berbunyi “Today is a new day. Look back but don’t stare”. Peminat Gaga dengan serta merta merasakan “today” membawa maksud “new music is coming today”.

Mungkin peminat yang agak over dan membuat spekulasi berlebihan tetapi tak boleh nak salahkan mereka. They’re thirsting for content! Sebelum ini Gaga melancarkan koleksi mekap baru dan membintangi filem A Star Is Born.Mujur, teman lelaki baru Gaga, Dan Horton telah membantu dalam proses pembikinan album baru ini.

“They have been working on new music, have spent hours of work time together and became really close”, satu sumber memberitahu Entertainment Tonight Julai lalu.

Better be ready fron now on, Little Monsters!

Artikel asal: Starr Bowenbank (Cosmopolitan.com)

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker