Pelengkap Gaya Harian Kamu - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Pelengkap Gaya Harian Kamu

Rangkaian legenda Seiko 5 Sports membuat penampilan semula yang menyegarkan dengan pelancaran 16 model mengujakan yang boleh kamu miliki.

Pelancaran semula jenama jam tangan terkenal ini menggantikan semula nostalgia Seiko 5 pertama kali diperkenalkan di dunia pada 1963 sebagai jam pertama automatik dari Jepun.

Sebagai meraikan kelahiran semula koleksi ikonik ini, Encik Junpei Matsue dan Encik Atsushi Shinkai dari Seiko Watch Corporation dijemput khas untuk berkongsi tentang inspirasi reka bentuk yang telah menjadikan koleksi paling diminati oleh peminat Seiko 5 di seluruh dunia.

Seiko 5 mendapat permintaan tinggi kerana rekaanya sporty dan menggambarkan stail tersendiri. Dengan kepercayaan dan kerjasama yang bermakna yang dijalin dengan Seiko Watch Corporation sejak bertahun-tahun lamanya, kami dapat perkenalkan koleksi Seiko 5 Sports yang diperbaharui untuk terus mendekati peminat tegar Seiko di Malaysia yang semakin bertambah.

Dengan sejarah horologi selama lima dekad, koleksi Seiko 5 Sports ini kembali dengan mengekalkan reka bentuk asas jenama ini dengan prinsip yang jelas. Koleksi ini menampilkan lima ciri yang diminati peminat setia Seiko 5 Sports iaitu pergerakan automatik, paparan hari-tarikh, kalis air, crown berlekuk di posisi pukul 4 dan bekas tahan lama.

Direka untuk wanita fearless seperti kamu, Seiko 5 Sports kembali dengan membawa lima variasi tersendiri iaitu Sports, Suits, Specialist, Street dan Sense untuk memenuhi cita rasa pemakai.

Rangkaian yang diperbaharui ini meraikan perbezaan dari segi gabungan warna, tekstur dan bahan yang digunakan. Rangkaian ini dihasilkan dengan teliti dan menjadikan pemakai versatil. Kamu pasti sukakannya!

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist