Pelan Perkahwinan Miley Cyrus dan Liam Hemsworth Terbongkar
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
cosmomy miley liam weds

Pelan Majlis Perkahwinan Miley Cyrus & Liam Hemsworth Terbongkar

CosmoMy Miley Bakal Kahwin Liam

Foto: TPGNew/clickphotos

Desas-desus kembali bertiup kencang sejak Miley Cyrus kembali menjalin cinta dengan aktor kacak Liam Hemsworth. Pasangan ini pernah dilaporkan sudahpun berkahwin tetapi mereka tidak pernah memberi sebarang komen mengenainya.

Dan kini pasangan yang sentiasa menjadi buruan media ini sedang membuat pelan untuk mengadakan majlis perkahwinan besar-besaran di kampung halaman Liam, Australia. Miley amat menyayangi Liam dan mahu majlis meraikan cinta mereka memorable dan sempurna. Ada laporan yang menyatakan majlis bertema tepi pantai itu akan diadakan di kediaman abang Liam, Chris Hemsworth di New South Wales.

Bagaimanapun baru-baru ini muncul berita bahawa Miley yang cukup dikenali dengan sifat gila-gilanya mahukan majlis yang unik umpama sebuah festival. Dia mahu semua orang menikmati suasana gembira dengan menempah hidangan pelik serta pelbagai menu sampingan istimewa.

Malah pada acara hen party di sebuah pet spa yang diadakan sebelum ini, Miley turut meminta perancang acara untuk menyediakan hidangan untuk anjing peliharaannya juga. Namun ada pihak yang menyatakan Liam kemungkinan besar akan membangkang beberapa pelan Miley itu kerana dia lebih praktikal dan sederhana orangnya.

Tentunya ramai yang menantikan busana apa yang bakal disarungkan oleh penyanyi Wrecking Ball ini pada hari istimewanya kelak. Khabarnya Miley sudahpun meminta pereka dari Perancis, Simon Jacquemus untuk menghasilkan lima gaun pengantinnya untuk dipakai sepanjang majlis berlangsung. Tidak hairanlah rekaan itu nanti kemungkinan pelik dan salah satunya berwarna merah jambu terang!

Liam yang sebelum ini jarang bercerita mengenai hubungannya dengan Miley dalam satu temuramah tidak menolak dia dan Miley akan menimang cahaya mata tetapi bukan dalam masa terdekat.