Panic Attack? Ini Cara Mudah Handalinya
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Panic Attack? Ini Cara Mudah Tanganinya

Menghadapi serangan panik secara mendadak memang sesuatu yang agak menakutkan. Tapi jangan bimbang, ikuti langkah mudah ini jika kamu mengalaminya.
Foto: Depositphotos

Jangan Berfikiran Negatif

Biasanya kebimbangan ini terjadi disebabkan kamu rasa takut memikirkan apa yang bakal berlaku. Jadi sebaiknya fokus kepada perkara yang sedang berlaku (seperti butir perbualan, keadaan sekeliling kamu atau sebagainya).

Accept Your Feelings

Kamu boleh terima perasaan bimbang yang sedang kamu alami itu, namun pastikan kamu masih lagi mampu lakukan perkara yang telah kamu rancang. Katakan kepada diri sendiri, “Saya rasa risau tapi saya boleh atasinya dan lakukan apa yang saya mahu.” Jangan takut jika ia berada di luar kawalan kamu.

Think Beyond The Word

Bila kamu risau, perkara yang remeh pun boleh jadi besar. Ia biasanya bermula dengan soalan “Bagaiman kalau…?” atau “Kalau saya tak dapat keluar dari sini, saya akan…”. Jangan buatkan mindamu berfikir yang kamu dalam bahaya. Sebaliknya katakan kepada dirimu, “Saya pernah alaminya sebelum ini. Jika saya hadapi ketakutan ini, ia pasti akan berakhir.” Ini akan menjadi motivasi kepada kamu untuk atasi serangan panik ini.

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker