Pandu Proton Iriz, Pasukan Proton R3 Berjaya Julang Kemenangan
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Pandu Proton Iriz, Pasukan Proton R3 Berjaya Julang Kemenangan

Pemandu-pemandu kumpulan Proton R3 berjaya menguasai Siri Kejuaraan Malaysia 2019 (MCS) bagi kelas M-Pengeluaran. Pasukan R3 yang menampilkan Fariqe Hairuman dan Syafiq Ali memandu Proton Iriz, berjaya menduduki tempat kedua pada pusingan 5, dalam satu perlumbaan sejauh 300km yang menawarkan mata berganda kepada pelumba yang mendapat tempat 10 teratas.

Kejayaan ini menjadikan Fariqe mendapat gelaran juara buat kali kedua selepas memenanginya pada tahun 2015. Manakala Syafiq yang juga juara Sepang 1000km (S1K) sebanyak tiga kali, merangkul gelaran MCS yang pertama, menambah lagi senarai perlumbaan mengagumkan yang telah dimenanginya.

Pasukan R3 juga berharap mereka dapat mengekalkan momentum kejuaraan ini seterusnya pada acara S1K November ini, agar PROTON dapat memecahkan rekod mendapat gelaran juara kali kelima di dalam perlumbaan itu.

Selain daripada Proton Iriz, R3 juga menggunakan dua unit model terbaharu Syarikat iaitu Proton Saga 2019 di dalam perlumbaan itu. Semasa Pusingan 5 MCS, pasangan pemandu veteran iaitu Admi Shahrul dan Faidzil Alang berjaya mempertahankan gelaran dari dipintas oleh kereta lain tetapi masih berjaya membawa Saga mereka di tempat ketiga. Saga berjaya mendapat podium kedua di dalam tiga perlumbaan MCS yang terakhir, iaitu satu petunjuk yang baik untuk S1K.

Menurut Ketua Pasukan Proton R3, Gary Lee, pasukannya menggunakan model Iriz dan Saga versi terbaharu dan kedua-duanya telah terbukti sangat kompetitif! “Terima kasih kepada keupayaan pengendalian yang sangat baik semua kereta Proton yang ada di jalan raya. Ini menyediakan R3 dengan asas yang baik untuk membina sebuah mesin perlumbaan dan program pembangunan. Kami telah berjaya menghasilkan dua buah kereta yang berpotensi untuk menang dalam perlumbaan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, pasukan R3 akan tampil dengan kelainanan di S1K 2019 apabila bakal memandu sebauh kereta Proton Saga dengan rekaan istimewa. Rekaan tersebut adalah milik pemenang peraduan Design For Speed, yang telah berlangsung pada 26 Ogos hingga 22 September lalu.

Menerusi peraduan Design For Speed itu, pihak Proton berjaya meraih lebih 200 penyertaan dengan lebih 3000 rekaan telah dimuat naik. Malah ia juga menerima sambutan hebat apabila halaman peraduan dikunjung lebih daripada 25,000 kali.

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness