Oops! 4 Punca 'Miss V' Terasa Gatal & Cara Atasinya - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Oops! 4 Punca 'Miss V' Terasa Gatal & Cara Atasinya

Oops! 4 Punca ‘Miss V’ Terasa Gatal & Cara Atasinya

Sama seperti jerawat di bahagian sulit, kegatalan juga tersenarai dalam masalah yang sering mengganggu wanita dan boleh menjejaskan aktiviti harian kamu. Cosmo kongsikan penyebab dan cara tanganinya…

Oops! 4 Punca 'Miss V' Terasa Gatal & Cara Atasinya

Foto: Depositphotos

1. Jangkitan Yis

Ini penyebab utama rasa gatal yang biasanya terjadi disebabkan kelembapan meningkat di ‘Miss V’. “Jangkitan akan berlaku di kawasan lembap terutamanya bila kurangnya peredaran udara,” kata Dr Dinda Derdameisya, SpOG, Dokter Spesialis Kebidanan dan Kandungan di Brawijaya Hospital Antasari, Indonesia.

2. Bacterial Vaginosis

Selain jangkitan yis, ia juga boleh berlaku disebabkan bacterial vaginosis. “Gejala biasa adalah keputihan yang membuatkan alat sulit kamu rasa tidak selesa. Ramai wanita memilih untuk memakai pantyliner disebabkan hal ini namun ia sebenarnya boleh memudaratkan kerana kekurangan peredaran udara. Bila ‘Miss V’ lembap, kegatalan akan mudah muncul,” jelas Dr Dinda. A good news, bacterial vaginosis tidak berbahaya jika ditangani dengan cepat.

3. Alergi

“Biasanya rasa gatal juga terjadi disebabkan masalah dermatitis seperti alergi. Puncanya mungkin kamu alergi terhadap bahan wax setelah melakukan waxing atau material yang menyentuh alat sulit kamu seperti pad, pembersih intimasi wanita, juga kondom lateks,” tambahnya.

4. Waxing & Bercukur

Bikini waxingBrazilian waxing? Atau bercukur? Apa pun pilihan kamu untuk menyingkir bulu di ‘Miss V’, ketiga-tiga ini boleh menyebabkan rasa gatal. Waxing dan bercukur bukan sekadar menghilangkan bulu, malah turut menanggalkan lapisan permukaan kulit. Jika kamu berkulit sensitif, ia boleh menyebabkan gatal, kemerahan dan sensasi terbakar.

BEAT IT LIKE A PRO!

Ada cara untuk mengurangkan dan mencegah kegatalan di ‘Miss V’. Bye-bye itchy!

1. Pastikan ‘Miss V’ Sentiasa Kering

Pastikan alat sulit kamu kering setelah membuang air kecil dan besar. Sebaiknya gantikan seluar dalam setiap tiga jam. Pilih underwear fabrik kapas yang membolehkan kulit kamu ‘bernafas’.

2. Elakkan Pantyliner

Pantyliner yang digunakan setiap hari boleh menghalang peredaran udara yang baik di bahagian intim. Jadi cuba elakkan atau kurangkan penggunaannya.

3. Berjumpa Doktor

Jika perkara di atas tidak membantu setelah beberapa hari, masa untuk kamu buat pemeriksaan dan dapatkan rawatan daripada doktor.

Artikel asal: Giovani Untari (cosmopolitan.co.id)

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor