OMG! Cantiknya Gaun Pengantin Hailey Bieber
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

OMG! Cantiknya Gaun Pengantin Hailey Bieber

Akhirnya, Hailey Bieber mendedahkan gaun pengantinnya di Instagram. Jika sebelum ini peminat tertanya-tanya bagaimana rupa gaun pengantin Hailey dan siapakah pereka juga jenama gaun itu.

Hailey menyarungkan gaun elegan berwana putih rekaan pereka fesyen yang juga rakan baiknya, Virgil Abloh. Gaun daripada jenama Off White itu juga tampil dengan train yang panjang dengan tulisan ’till death do us part’.

@virgilabloh thank you for making my vision come to life and creating my dream dress. You and your @off____white team are incredible and I’m forever grateful I got to wear your beautiful creation. ❤️ – tulis Hailey di kapsyen foto itu.

View this post on Instagram

9.30.19 ❤️

A post shared by Hailey Rhode Bieber (@haileybieber) on

Majlis persandingan Hailey dan justin berlangsung pada 30 September lalu yang diadakan di lokasi kegemaran Justin di Montage Palmetto Bluff, South Carolina. Ia dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat sahaja termasuk Kendall, Kylie Jenner dan Jaden Smith.

Terdahulu, Justin melamar Hailey pada 7 Julai 2018 ketika bercuti bersama di sebuah pulau di Bahamas dan kemudian bernikah secara tertutup pada 13 September 2018, di sebuah gereja di New York.

Foto: Instagram.com/haileybieber

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness