New In! Koleksi Terhangat Untuk Kamu Dapatkan Sekarang
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
New In! Koleksi Terhangat Untuk Kamu Dapatkan Sekarang

New In! Koleksi Terhangat Untuk Kamu Dapatkan Sekarang

Sometime x Rizalman: We’re obsessed with them all. *Add to cart*

Buat kali ketiga, bag specialist Sometime by Asian Designers bekerjasama dengan pereka terkenal, Dato’ Rizalman untuk menghasilkan sebuah koleksi kolaborasi yang paling dinanti-nantikan.

Menariknya koleksi kali ini menampilkan bukan saja beg, tapi kasut dalam rekaan yang diinspirasikan olehhaute couture jitu kepada DNA Dato’ Rizalman. Ini termasuklah Ribae, Ribucket, Riflats dan Ripurse.

Ia juga merupakan tahun yang baik buat Sometime kerana akhirnya membuka showroom di The Gardens Mall yang membolehkan kamu datang untuk check out secara fizikal koleksi-koleksi Sometime.

Jika kamu masih ingat rekaan Ribag daripada koleksi sebelum ini, Ribae merupakan hasil daripada peningkatan daripada beg itu. Ia menyambut dan mengekalkan reka bentuk klasik Ribag tapi menggabungkan perincian haute couture seperti elemen poket dan saiz mini.

Ribucket pula menyerlahkan sisi kasual Dato’ Rizalman dan masih kekal on trend. Ia menampilkan top handle yang jadikannya mudah untuk dipegang dan lebih stylish. Ripurse pula merupakan wallet on chain yang jadikan keseluruhan koleksi ini lebih sempurna. Tidak dilupakan juga, Riflats yang merupakan rekaan kasut pertama bersama Sometime. Semuanya pasti buat kamu rambang mata!

Kini kamu boleh dapati koleksi Sometime x Rizalman di pasaran.

Kamu boleh mula dapatkan koleksi Sometime x Rizalman ini pada 30 September 2019 di www.zalora.com.my. Harga bermula dari RM199 hingga RM239.

Seorang fashion enthusiast. OOTD is my ‘thang’. Akan ‘serang’ dessert corner dulu bila pergi ke bufet. Suka menonton rancangan memasak dan RuPaul’s Drag Race. Nampak lembut tapi sebenarnya fierce! Quote kegemaran? “Life is too short to wear boring clothes”, so have fun with it!

Fashion Diva