Netflix K-Drama, The King: Eternal Monarch Bakal Menemui Kamu Jumaat Ini! - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Netflix K-Drama, The King: Eternal Monarch Bakal Menemui Kamu Jumaat Ini!

Peminat K-drama di luar sana! Adakah kamu sudah bersedia untuk melayan drama baru yang akan disiarkan di Netflix pada 17 April ini?
Foto: soompi

Kalau kamu peminat bintang popular, Lee Min Ho yang pernah memegang watak utama Boys Over Flower (2009) dan Legend Of The Blue Sea (2016), kamu pasti akan teruja kerana ini adalah kemunculan pertamanya dalam drama selepas menamatkan khidmat tentera April tahun lalu.

The King: Eternal Monarch mengisahkan tentang dua dunia selari yang berbeza di mana satu dunia memaparkan era institusi monarki dan satu lagi adalah keadaan sekarang di Korea Selatan. Lee Min Ho memegang watak sebagai Raja Lee Gon yang mahu menutup pintu antara dua dunia, dan Kim Go Eun – yang pernah membintangi Dokkaebi atau Goblin (2017) – sebagai Dektektif Jung Tae Eul membantu Lee Gon untuk menyelamatkan nyawa individu.

Antara barisan pelakon utama yang membintangi drama ini ialah Woo Do Hwan (sebagai Jo Young, pengawal peribadi dan rakan baik Lee Gon), Kim Kyung Nam (sebagai Detektif Kang Shin Jae, rakan sekutu Tae Eul), Jung Eun Chae (sebagai Goo Seo Ryung, wanita termuda dan pertama menjadi perdana menteri) dan Lee Jung Jin akan berlakon sebagai Lee Rin (bapa saudara Lee Gon) yang melakukan konspirasi untuk menentang ayah Lee Gon.

Prev1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Sneak peak barisan pelakon

Lee Min Ho