MTV Video Music Awards 2016 : Beyonce Artis Terunggul
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
mtv vmas 2016

MTV Video Music Awards 2016: Beyonce Artis Terunggul

MTV Video Music Awards 2016 yang berlansung di Madison Square, New York menyaksikan Beyonce mengungguli dari segi kutipan anugerah dan Adele yang menerima lapan pencalonan. Queen Bey menggondol tujuh anugerah termasuk kategori paling diidamkan oleh semua artis iaitu Video Of The Year menerusi lagu Formation.

mtv vmas 2016

Beyonce gondol tujuh trofi dalam lapan pencalonan. Foto: Instagram.com/Beyonce

“First of all I’d like to thank my beautiful daughter and my incredible husband for all of their support,” kata Beyonce. Dia yang menerima lapan pencalonan turut membolot kategori Best Female Video, Best Direction dan Best Cinematography. Pada malam tersebut, Beyonce turut membuat persembahan medley lagu dari album terbarunya, Lemonade. 

 

"The first time I met Robyn Fenty was 2005" – @champagnepapi #Vmas

A post shared by MTV (@mtv) on

Sementara itu Rihanna menerima anugerah Michael Jackson Vanguard Award yang memberi pengiktirafan kepada pencapaian hebat sepanjang tahun. Saat paling romantis apabila anugerah tersebut disampaikan oleh teman tapi mesra Rihanna iaitu rapper Drake.”Dia adalah wanita yang saya jatuh cinta sejak saya berumur 22 tahun. Dia adalah antara sahabat terbaik di dunia,” kata Drake di atas pentas sebelum Rihanna diumumkan sebagai penerima.

 

I love you forever @nickiminaj ??

A post shared by Ariana Grande (@arianagrande) on

Dalam pada itu antara artis yang membuat persembahan ialah Ariana Grande, Nicki Minaj dan puteri pop, Britney Spears dengan persembahan memukaunya. MTV Video Music Awards setiap tahun menerima tontonan paling tinggi dan sering mencetuskan kontroversi antaranya di mana kejadian Kanye West merampas mikrofon ketika Taylor Swift memberikan ucapan kemenangan. Juga Lady Gaga yang hadir dengan gaun yang diperbuat daripada daging segar.

mtv vmas 2016

Kumpulan yang diketuai Joe Jonas, DNCE memenangi trofi Best New Artist. Foto: 123rf.com

 

Senarai penuh pemenang MTV Video Music Awards 2016:

Video Of The Year: Beyonce – Formation

Best Female Video: Beyonce – Hold Up

Best Male Video: Calvin Harris ft. Rihanna – This Is What You Came For

Best Collaboration: Fifth Harmony ft. Ty Dolla $ign – Work From Home

Best Hip Hop Video: Drake – Hotline Bling

Best Pop Video: Beyoncé – Formation

Best Rock Video: Twenty One Pilots – Heathens

Best Electronic Video: Calvin Harris & Disciples – How Deep Is Your Love

Breakthrough Long Form Video: Beyoncé – Lemonade

Best New Artist: DNCE

 

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness