MK K-Clique Cetus Fenomena Luar Biasa - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

MK K-Clique Cetus Fenomena Luar Biasa

Ini kali pertama MK atau nama mesranya Hairi dirakam masuk dalam mana-mana majalah. Ada sesuatu dalam dirinya yang membuatkan sesi wawancara dan fotografi ini menjadi lancar. He has that positive vibes!

Kehadiran disambut luar biasa

Kegilaan peminat muda pada muzik dan kumpulan K-Clique bukan biasa-biasa. Muzik genre hip hop kembali meriah selepas lagu seperti Lane Lain Line, Sah Tu Satu dan Tuju-Licik menjadi tular. “Saya bekerja sebagai ejen tarik kereta selama dua tahun sebelum ini. K-Clique ditubuhkan dah lama, sejak kami di bangku sekolah. Kami berasal dari tempat yang sama,” katanya. Lihatlah di mana meraka berada sekarang, sampaikan anak-anak muda pun membuat cover lagu nyanyian mereka. Apa yang penting, tiada satu pun lirik mereka menggunakan kata-kata kasar, sebaliknya menjadikan kisah hidup dan realiti sebagai inspirasi berkarya.

Kontroversi ciuman

Isu dicium di pipi oleh seorang peminat wanita dia Singapura mungkin sudah basi untuk diperkatakan. Malah Hairi sendiri telah memberi penjelasan di mana dia tidak mempunyai kuasa untuk menghalangnya dan wanita itu sudah pun memohon maaf. Namun beberapa peminat mempersoalkan tindakan Hairi memuat naik video yang meminta rakan-rakan lelaki mencium pipinya menerusi satu live video di Instagram. “Bagi saya ia satu sunnah. Bukan mahu mencetuskan kontroversi mahupun memerli mana-mana pihak, sebaliknya ia salah satu cara mengeratkan hubungan silaturahim,” ujarnya.

Kisah cinta dan keluarga terlalu peribadi

Berwajah kacak dan berpersonaliti menarik, tentu sekali peminat mahu tahu siapakah gadis bertuah yang bertakhta di hatinya. “Tujuan saya tidak mahu berkongsi kisah peribadi kerana saya tidak mahu nama orang tersayang terpalit dengan kontroversi atau gosip yang membabitkan diri saya,” ujarnya jujur. Tambah Hairi, dia bersyukur kerana keluarga sangat menyokong dan merestui pilihannya menjadikan bidang muzik sebagai kerjaya. Tanpa restu keluarga dan sokongan peminat, K-Clique tidak akan dikenali seperti sekarang.

3 Ciri Wanita Buat MK Turn Off!

  • MK terlalu cintakan bidang muzik jadi dia tidak suka wanita yang suka mengongkong! Katanya dia perlukan ruang untuk berkarya.
  • Rupa paras bukan keutamaan. MK lebih tertarik kepada personaliti dan tidak suka wanita yang terlalu agresif dan tidak tahu menjaga batasan.
  • Komunikasi yang baik sangat penting. Wanita yang terlalu insecure buatkan MK rimas dan dia mahukan seseorang yang memahami serta percaya pada dirinya.

Kalau pertama kali jumpa memang seorang yang awkward tapi bila dah kenal, riang sebenarnya. Into deep conversation dan suka berjalan kaki sambil dengar lagu (Kuat berangan!). Ramai kata saya slow burner tapi in the end, semua tugasan berada di bawah kawalan. Psst... Jangan terkejut, saya pandai melukis dan menjahit!

Lifestylist