Minyak Zaitun Baik Untuk Wajah? Ini Pendapat Ahli Dermatologi
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Adakah Minyak Zaitun Boleh Digunakan Di Wajah?

Minyak Zaitun Baik Untuk Wajah? Ini Pendapat Ahli Dermatologi

Adakah ia akan membakar kulitkamu? Tidak, melainkan kamu alergi terhadap zaitun. Tetapi adakah ia elok untuk kulit kamu? Hmm, probably not!
Adakah Minyak Zaitun Boleh Digunakan Di Wajah?
Foto: Stocksy

Sesetengah kajian menunjukkan minyak zaitun tinggi dengan kandungan oleic acid (acid yang dikatakan bertindak seperti sebum dan menyumbatkan pori) yang mungkin akan merosakkan lapisan kulit dan menyebabkan kehilangan air, tetapi kajian tersebut sama ada sangat kecil atau tidak dikaji di kalangan average adult.

Selain itu, kajian lain menunjukkan minyak zaitun adalah anti-radang semula jadi dan boleh membantu menyembuhkan luka dan ia juga kaya dengan hydrating squalene dan protective antioxidants. Namun, kualiti ini tidak membuatkan ia menjadi pilihan utama pakar dermatologi.

“Olive oil does contain some good-for-you properties, but there are still so many other cosmetically elegant products that are far more effective for your skin, without the risk of acne, barrier impact, or shine,” kata ahli dermatologi, Mona Gohara, MD, associate clinical professor di Yale University.

Adakah minyak zaitun bagus untuk jerawat?

Minyak zaitun adalah moderately comedogenic (i.e, mempunyai potensi untuk menyumbat pori). “Olive oil is a naturally heavy oil, making it a breeding ground for bacteria that can clog pores and cause acne,” kata Dr Gohara.

Sudah tentu, setiap orang mempunyai kulit berbeza dan sesetengah acne-prone people mungkin tidak mempunyai masalah dan sesetengah mungkin akan menyebabkan jerawat. Kamu juga perlu tahu bahawa keupayaan minyak zaitun untuk menyumbat pori boleh berubah atau disingkirkan jika ia dicampur dengan bahan-bahan penjagaan wajah yang lain.

What does olive oil do for your skin?

Minyak secara umumnya bertindak sebagai occlusive untuk kulit kamu iaitu ejen yang memerangkap air dan lembapan ke dalam kulit dan mengelakkan ia hilang. Glowing skin hanya boleh didapati jika lapisan kulit kamu sangat terhidrasi dan occlusives boleh membantu. Namun masih belum dapat dipastikan 100% jika minyak zaitun adalah occlusive sempurna untuk kulit.

Jadi, apa kesimpulannya?

“You can totally use olive oil if you really want to, especially if you’re not prone to acne or dryness,” kata Dr Gohara. “But it’s not likely to transform your skin.” Kamu masih boleh gunakannya di rambut sebagai pelembap tetapi untuk wajah? Mungkin kamu harus berfikir dua kali dan cuba minyak yang memang diformulasikan untuk kulit wajah.

Artikel asal: Chloe Metzger (Cosmopolitan.com)

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker