Miley Cyrus Dan Liam Hemsworth Sah Bercerai
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Miley Cyrus Dan Liam Hemsworth Sah Bercerai

Miley Cyrus & Liam Hemsworth Telah Bercerai Secara Rasmi

Berita sedih buat peminat dua selebriti A-list ini…
Miley Cyrus Dan Liam Hemsworth Sah Bercerai
Foto: Elle

Entertainment Tonight telah mengesahkan berita ini daripada Mahkamah Tinggi Los Angeles, di mana seorang hakim telah dilaporkan menandatangani penceraian tersebut. Ini bermaksud, Miley dan Liam tidak lagi mempunyai apa-apa ikatan sah.

Image result for miley cyrus and liam hemsworth 2019
Foto: eonline

Apabila Liam memfailkan penceraian pada bulan Ogos, TMZ melaporkan bahawa sebab Liam ingin bercerai adalah kerana “irreconcilable differences” dalam rumah tangga mereka. Disebabkan mereka tidak mempunyai zuriat, TMZ mengatakan bahawa penceraian ini akan diproses dengan mudah.

Sebelum ini, Miley dan Liam memiliki tujuh anjing, tiga kucing dan empat kuda peliharaan. TMZ melaporkan Miley akan memiliki kesemua haiwan peliharaan ini kerana Liam tidak mahukannya.

Artikel asal: Starr Bowenbank (Cosmopolitan.com)

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker