Merdekakah Kamu? - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Kata Editor

Merdekakah Kamu?

Ogos memang sinonim untuk kita berbicara tentang kemerdekaan. Sedikit klise tapi tak mungkin kita lupa tentangnya lebih-lebih lagi bila tiba bulan lapan. Bulan ini kita bakal menyambut kemerdekaan yang ke 62. Kamu dah lihat logo sambutan dan tema Hari Kebangsaan 2019?

Dengan tema Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih. Banyak mesej mendalam yang mahu diketengahkan. Antara yang boleh saya cungkil adalah kepentingan semangat perpaduan demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama agar jati diri lebih bersih dan tinggi.

Menginjak ke tahun 2020, tahun depan. Apa yang kamu telah capai? Atau kamu masih merancang kehidupan? Tak salah, teruskan…

Saya membesar dengan semangat wawasan 2020. Walaupun sukar untuk kita lihat wawasan yang mahu dicapai seperti yang diwar-warkan satu ketika dulu, namun bersyukurlah dengan keamanan yang kita perolehi ketika ini. Cuba, semua antara kita masih mencuba untuk menjadi versi yang lebih baik. Begitu juga dengan kerajaan yang sedang bertungkus lumus memastikan negara kita membangun dan dalam masa yang sama, makmur.

Apa yang perlu kamu fokus: Merdekakan mindamu. Buang negativiti, sering bermotivasi dan punya kecenderungan untuk berjaya.

Jangan risau, kamu tidak keseorangan. Jadikan Cosmopolitan.my sebagai BFF kamu dan layarilah setiap hari untuk artikel-artikel yang fresh dan padat. We know you want it all. Dari life skills kepada fesyen dan kecantikan, semua ada untuk kamu aim to empower you! (at every touchpoint). Tak lupa cara pikat hati si dia, helah dalam kamar dan juga untuk kerjayamu!

Remove the stress, and realize you’re blessed.

Psst… Sebelum terlupa, dapatkan Cosmopolitan edisi Ogos 2019 sekarang ya!

Sebelum mengakhiri nota ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Fun, Fearless, Fabulous Cosmoholics yang hadir di acara Fun Fearless Life 2019 di EQ Hotel, KL 3 Ogos lalu. Dengan permintaan yang hangat, sekali lagi acara ini berlangsung pada tahun ini. Terima kasih tak terhingga juga buat semua penaja yang telah sama-sama memeriahkan lagi acara kami tahun ini. Tahun depan jumpa lagi ya?

Love,
Nisa’ Halid

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor